;

Friday, December 25, 2009

Kawan Yang Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .


Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan b
aik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita me
njadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.


Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!

!!!

kita kawan kan?




Ayu jauh dimata tapi sentiasa menjadi kawan baikku.



Shima sentiasa bersamaku semasa belajar.



Eikin mengukir kenangan dan sentiasa memberi semangat.



Kepada kawan-kawan yang lain, terima kasih kerana menjadi kawan yang baik kepada diriku ini.


Thursday, December 10, 2009

Maybe God wants..

Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one
so that when we finally meet the right person,
we will know how to be grateful for that gift.

When the door of happiness closes, another opens,
but often times we look so long at the closes door that we don't see
the one which has opened for us.

The best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with,
never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conservation you're ever had.

It's true that we don't know what we've got until we lose it,
but it's also true that we don't know what
we're been missing it arrives.



Giving someone all of you love is never an assurane that
they'll love you back!
Don't expect love in return; just wait for it in their heart
but if it doesn't, be content it grow in yours.

It takes only a minute to get crush on someone,
and an hour to like someone,
and a day to love someone
but it takes a lifetime to forgot someone.

Don't go to for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even fades away.
Go for someone who makes you smile because
it takes only a smile to make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile.

There are moments in life when you miss someone so much
that you just want to pick them from
your dreams and hug them for real.

Dream what you want to dream; go where you want to go;
be what you want to be,
because you have only one life and
one chance to do all the thins you want to do.


May you have enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong,
enough sorrow to keep you human,
enough hope to make you happy.

Always put yourself in others' shoes
If you feel that it hurts you
it probably hurts the other person too.




The happiest of people don't necessarily have the best
of everything;
they just make the most of everything that comes along their way
Happiness lies for those who cry,
those who hurt, those who have searched,
and those who have tried, for only they can
appreciate the importance of people who have touched their lives.

Love begins with a smile, grows with a kiss
and end with tear.
The brightest future will always be based on a forgotten past,
you can't go in well in life until you let go
of your past failure and heartaches.



When you were born, you were crying and
everyone around you was smiling.
Live your life so that when you die,
you're the one who is smiling and
everyone around you is crying.



Read this and send to those people who mean something to you,
to those who have touched your life in one way or another,
to those who make you smile when you really need it,
to those that make you see the brighter side of things when you are really down,
to those who you want to let them know that you appreciate their friendship.
And if you don't, don't worry,
nothing bad will happen to you,
you will just miss out on the opportunity to brighten someone's day with this..

SurgaMu


Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…


Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

Saturday, November 21, 2009

Warna Surat Cinta???


Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas KARBON.. bodoh!



JANGAN AMIK HATI DENGAN KATA-KATA DI ATAS..

Hanya sekadar merehatkan mindaku yang penat berfikir dalam menyiapkan tesis. Final projek yang agak susah dalam menyiapkannya..Memerlukan pengorbanan..Semoga aku dapat menyiapkannya..InsyaAllah

Friday, November 13, 2009

Antara Dua Pilihan



Alia terus melihat handphonenya yang bergetar. Ish, siapa lak pagi-pagi buta ni bagi msg. Dia memandang jam dimejanya. 2.40 pagi. Rupa-rupanya kakaknya yang menghantar msg tersebut.

"Salam.Dik, kau mesti x tdo lg kn?"

Alia terus membalas msg tersebut." Wslm.Mstla blom.Mimpi ak ke pg2 ni bg msg?hee" Alia tersebut sendirian.
"Kau ni kan dik, suka tol main2. Ko shat ke? senyap jer..Ade ape2 nk dikongsi ke?"msg dr kakak Alia.
"Gurau jer. Ak shat je.Kak xpyh rso la. Xnk la kongsi apa2 dgn kau kak.psl nnt ak dpt skit je.hihi.."balas Alia.
"Ade2 je ko ni dik. Akak riso la dik,tp ko bt xtau jer. Ni demi kebahgiaan ko. Akak xtido pk mslh ko ni.Ko xnk blik ke? kakak Alia teruskan membalas msg Alia.
"Alahai kak. Ko nk rso ape. Klu mak bahagia, ak pon bahagia. Sama mcm dlu, mak bt keputusn utk adikmu ni.Percayalah kak.hehe..."Alia membalas msg kakaknya dengan linangan airmata. Tapi dalam msgnya dia hanya menunjukkan kegembiraan padahal dalam hatinya hanya dia sahaja yang tahu.

Kakak Alia mengatakan sesuatu dalam msgnya. "Kak nk tgok ko senyum dik.Tp ko ade pilihan bukan.Dia adalah kebahagiaan ko. Bukan pilihan mak. Nnt akak ckp kt abah nyer.."
Airmata Alia terus mengalir sejurus dia membaca msg yang dibalas oleh kakaknya.
"Kak, nape ko riso sgt. Klu itu pilihan mak, adik redha. Dia pasti faham, itu takdir wlupon adik dh knal dia lama.."

Kakak Alia tetap juga mempertahankan adiknya. "Alia, akak tau ko sayangkan dia. Masih sempat lg nk utk bg jawapan. Ko berhak tolak pilihan mak. Ni soal masa depan ko. Jodoh ko ni dik.Tolonglah dik, kuarkan suara skit. blik nyer minggu ni.."

Alia tak mampu untuk melawan kata2 kakaknya. "Itu ak xnafikan kak. Ni soal kebahagiaan mak. Ok, klu adik blik akak belanja makan stick leh x?hee..Pastu tlg la bt assignment yg byk ni.hihi.." kata-kata Alia itu sahaja mahu menunjukkan dia tidak bersedih tapi hakikatnya baju tidurnya dibasahi airmata.

"Ak xfhm tol la dgn adik ak sorg ni. Dik, ko xpyh sorokkan luka dihatimu. Akak tau. ok dik, blik yer.Akak belanja apa saje yg ko nk. Dah, g tdo la. salam.."

Alia senyap tanpa membalas msg kakaknya.


***********************************************************************************************

Izham terus melihat gambar itu. Dalam hatinya merasa sedih. Kali ini mungkin dia akan mengeluarkan kata-katanya. Dia melihat dipersekitaran. Sunyi tapi kadang kala terdengar bunyi berkicauan dari hutan.


"Ha, abg.ni airnya. Lama abg tenung gambar tu." Asiah membawa air untuk suaminya. Suaminya terus merenung ke arah isterinya itu. "Abg xnk buat keputusan tapi...." "Saya tau pilihan saya kali ni mesti sesuai dengan Alia. Tengokla, orangnya baik dan dah bekerja. Bab agama pon ok jugak".Asiah terus mempertahankan pilihannya. Izham memberi pendapat. "Syg, klu abg cakap awak jangan amik hati. Tapi kali ni abg tak bersetuju. Bagi peluang kat Alia untuk buat pilihan. Dari dulu Alia tak pernah membantah. Soal masa depan Alia untuk masuk ke universiti pun awak yang pilih. Dia nak jurusan lain tapi awak nak lain. Saya tak pernah membantah apa yang Alia minta tapi ada saja yang awak bagi cadangan kat Alia. Dia bersetuju je. Tak pernah kata tidak. Saya tahu kalau dia tak bersetuju dia akan diam. Sama macam sekarang. Awak ada telefon Alia?"

Asiah hanya menunduk. " Saya belum telefon dia lagi. Saya memang nak dia balik minggu ni".
"Kalau macam tu, awak suruh dia balik minggu ni. Awak tolong faham perasaan Alia. Ni soal masa depan dia. Mungkin dia akan terima dengan pilihan awak untuk tengok awak senyum. Hakikatnya hati dia, kita tak tahu syg. Abg tak nak Alia sedih. Dia mungkin ada pilihan dia. Abg tahu dan awak mesti lebih tahu".



Sejurus selepas itu, Izham tanpa rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dia telah buat untuk Alia. Walaupun hatinya tahu yang isterinya sudah memilih pilihan hidup untuk Alia. Alia berhak untuk membuat keputusan dan Izham yakin dengan pilihan Alia. Alia pasti gembira kerana kali ini, Izham sendiri akan membuat keputusan berdasarkan pilihan Alia, anak yang sentiasa yang ingin melihat ibu dan ayahnya senyum bahagia..


Izham melipat gambar itu dan meletakkan didalam sampul...

Thursday, November 12, 2009

Kehidupan




HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

1. Semalam - sudah menjadi sejarah
2. Hari ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hizablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas naik
2. Nafas turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. kekal di dalam Neraka
2. Kekal di dalam Syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 dan puncaknya adalah SOLAT... amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke Syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai Boarding Pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin di denda
2. Segala suratnya akan masuk tong sampah.


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang......lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.. "


Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya Aku..

Alhamdulillah, dapat berehat sehari kt rumah memang dah lama aku impikan..Selepas 2 weeks mengahadapi hari-hari yg sibuk dan memenatkan. Sampai aku sendiri tak nak tahu apa erti penat dalam menjalani kehidupan ini. Mungkinkah ini pengorbanan? Ya, tepat sekali. Berkorban untuk kepentingan diri sendiri dan orang lain. Setiap hari yang dilalui adalah berbeza. Bagi aku berbeza itu ialah sama ada hari ini lebih baik dr semalam atau sebalik. Kita sendiri dapat membezakannya..






Meneliti dan mengenal diri sendiri merupakan kunci

rahsia mengenal Allah s.w.t.-Imam Al-Ghazali



Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

Aku selalu mngingatkan kepada diri, berkorbanlah utk org disekeliling terutamanya keluarga dan orang-orang yg aku sayang. Kehidupan yg dilalui skg adalah datang dari Dia. Sungguh besar nikmat yg Dia kurniakan kepada hamba-Nya yg lemah ini. Aku sentiasa bersyukur kerana dalam menjalani kehidupan, aku dikurniakan insan-insan yg sering membantu, sentiasa memberi semangat dan memahami. Kawan2 di UPSI terutamanya yg byk berganding bahu dalam segala masalah yg aku hadapi. Syukran jazi lan. Semoga Allah swt membalas jasa kalian.

Seronok bukan kalau dlm kesibukkan, kita masih mempunyai kwn2 mampu memberikan senyuman dan gelak tawa sebagai salingan. Tak cukup tidur dan tak cukup rehat memang melemahkan badan tapi kwn2 la yg banyak memberi semangat tak kira jauh ataupun yg berada didepan mata.. Senyuman gelak tawa kakzi, yusra, asyitar, shima, nadila dan hanum dpt mengurangkan tension dan keletihan aku. Selalu jer ade bahan utk kami kurangkan bebanan kerja. Gurau senda yg selalu aku bt tp last2 aku jugak yg kena balik. Sampai muke pon merah2..hihi..betapa nakalnya aku rupanya. Opppss!! terpecah rahsia..hee..
Yang jauh dimata tp tetap dekat dihati juga tak penah dilupakan.Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Berdoalah sesuatu hari nt kte akan sama2 berjaya dan bahagia didunia dan akhirat. InsyaAllah..Ameen Ya Rabb..


Begitulah dlm meniti hari-hari yg mendatang. Ada yg suka dan ada yg duka. Hati ini masih kuat utk meneruskan cita-cita dan impian. Kesungguhan, pengorbanan dan kesabaran itu menjadi kunci dalam berjuang.Aku tetap mawar merah yang menanti kembangnya dan kumbang yang setia pada kuntuman bunga yang mekar mewangi dalam taman larangan...






Tenangkan hatimu dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu letih ia akan menjadi buta. (Imam Ali b. Abi Talib)



2 Zulkaedah 1430 Hijrah


Related Posts with Thumbnails