;

Wednesday, April 29, 2009

Sahabat..Ayu Emilina Yang Dirindui..

Khas buatmu


Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

~sahabatku dunia dan akhirat~

Monday, April 20, 2009

Terus Berjuang..

Semakin hari terasa kehangatan ujian daripada Allah swt..Tiba-tiba rasa semangat semakin membara utk menjadi seorang mujahidah sejati. Tapi hati ini masih tertanya-tanya "Mampukah diri yang lemah ini?" InsyaAllah. Melihat rakan-rakan seperjuangan yang sanggup meluangkan masa utk belajar bagaimana berdakwah, menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah dan sibuk mengajak rakan-rakan lain utk taat kepada Allah. Diri ini pula, sibuk mengejar tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Masih tidak sempat utk semua itu. Diri ini mengakui bahawa kelemahan ini mampu diperbaiki.

Mungkin sudah tiba masanya utk melakar peta perjalanan hidup. Diari tahun ini akan menjadi bukti. Bagaimanakah peta itu? Masa terdekat, masa akan datang yang masih belum dapat dijangkakan. InsyaAllah, kita boleh merancang bukan? Ya, Allah itu sentiasa memerhati. Mungkin yang betul dan ada hikmahnya sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar. Tapi yang kurang itu mungkin tidak akan berlaku. Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .... (AliImran:85). InsyaAllah, ayat suci ini menjadi panduan utk melakar peta itu..

Dalam masa terdekat ni, mungkin aku akan tumpukan pada exam. Ya Allah, berikan aku kekuatan, kurniakan aku daya ingatan yang kuat dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu kuniaan-Mu. Aku sudah pun memohon restu daripada bonda dan ayahanda tercinta. Agar mereka mendoakan kejayaan dan memudahkan aku menjawab exam.

Aku selalu ingin melakukan kerja amal dan kebaikan yang boleh memberi manfaat pada diri dan orang disekeliling. Aku jua berharap satu hari nanti aku akan menjadi sayap kiri kepada seseorang utk berdakwah kejalan Allah swt.
Dari Ibnu Abas ra, dari Nabi saw, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menulis gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna di sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya)... dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu disisiNya denga sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya... dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya... dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."
(Bukhari dan Muslim)

~hidup ini satu perjuangan yang tiada kesudahan~

Saturday, April 11, 2009

Hari-hari Yang telah Berlalu


Hari2 terus berlalu..mcm2 dh berlaku.semakin byk cabaran dan dugaan dr Allah bt aku sebagai hambaNya lemah.Dalam masa 2 minggu ni sperti tidak dijangka yg xkan berlaku dh pon berlaku.

Pertamanya tentang nsib yg masih menyebelahi aku. Dalam aku kekalutan ke kampus kerana mengejar discussion dan klas, aku lupa utk berhati-hati. Ya Allah, aku bersyukur krna memberi peringatan kepada diri aku. aku hampir dilanggar oleh trainler. saat aku memberhentikan basikal ku didepan lorong rumah ku utk msuk ke pintu kampus. aku msih merasakan lg tayar trainler tu bergesek sedikit dgn tayar basikal aku. pada ketika itu, aku berada ditgh2 2 org lg sahabat iaitu shima disebelah kiriku dan seorg lg bakal guru disebelah kananku. andainya tayar basikal aku diseret oleh tayar trainler itu, aku terpksa menanggung dua nyawa. sekiranya berlaku, biarlah aku yg terkorban, bukan mereka krna itu adalah salah diriku.. Mungkin Allah ingin mengingatkan bahawasanya aku seharusnya berhati2 dan tidak terburu2. Jangan terlalu dekat dgn jln raya klu nk melintas..selang dua hari kemudian, perkara yg sama hampir berlaku. tapi kali ini sahabat baikku pula. pada waktu malam, hampir2 pukul 11.30 kami pulang dr library. Mengayuh basikal bersama. mklumla, basikal je pengangkutan utama kami, dah biasa hidup susah. Tak jadi masalah pergi kuliah naik basikal. semasa tgh melintas jalan, tiba2 basikal shima terberhenti ditgh jalan raya. Aku tergamam dan aku hanya mampu menjerit memanggil nama shima. Allah msih sygkan kami. Sekali lg, Dia memberi peringatan kpda kami berdua. kereta sudah hampir dgn shima, akhirnya basikal shima boleh bergerak. aku pula sudah turun dr basikal dan ingin mendekati shima. Rupa2nya, shima membawa payung pjg. hujung payung tu tersekat pd roda basikal. Taubat lps ni xbwa payung mcm tu lg. Dh beberapa hari gak naik basikal n sampai umah basah kuyup. Lumrah alam. Hujan itu nikmat dari Allah. 3-4 hari badan masih mengigil disebabkan 2 kejadian tu. tapi kami berdua msih bersemangat meniti perjalanan hari2 ke kampus. Biarla hitam dek panas, biarla basah dek hujan, biarla ada yg datang mengorat, oppps!! akan kami berdua harungi utk mencari ilmu di pusat ilmu itu. Demi mu Allah..

Keduanya hal perhubungan..mungkin ini juga silap aku. kerana tekanan yg mendatang, aku terlupa byk hubungan yg perlu dijaga. assignmetnt yg membukit, report yg tiada kesudahan adalah bukan alasan utk aku berkelakuan begitu. kerana 1 sms, aku telah melukakan hati seorang sahabat. Ya Allah, semoga Engkau mengampuni aku. padahal aku juga selalu bersama dia. Mungkin juga aku yg selama ini yg boleh juga dikatakan bersabar dgn karenah dia. Sahabatku ini memg selalu mgalami stress yg agak kritikal. sudah byk kali aku menasihati dirinya utk mengawal tekanan. Semua org ada masalah masing2. Sama seperti aku. Tapi kali ini, dia memg marah dan kata2nya kasar sehinggakan aku selalu berlembut hati menjadi keras hati utk meminta maaf daripadanya. tidak pernah aku tinggikan ego aku. Kerana tidak puas hati dengan tugasan yg aku berikan, menyebabkan persengketaan ini berlaku. Aku abaikan msalah ini, kerana aku sibuk menguruskan hal yg lebih penting iaitu menyiapkan report animal physilogy Gunung Lang. Kini, aku melembutkan hati aku kerana Allah itu sentiasa ada dlm hati aku. aku bukanla sperti yg dia sangka. Ku sujud dan berdoa agar aku diberikan petunjuk dalam masalah ini. Aku memohon maaf pd dia tetapi dia mgkin tidak mahu berkawn lg dgn aku. Inilah silap ku. Hari ini, dia berada di dlm wad krna sakitnya. Semoga dia cepat sihat. 1 sms ku hantar sebagai doa agr dia akn cpt sembuh..maafkan diriku teman..hal lain juga berlaku. tetapi aku hanya mahu mengatakan "wahai insan yg kusayangi, aku berharap agar dirimu memahami dengan kesibukkan yg aku lalui dlm masa 2weeks ni.maafkan diri ini.."

ketiganya ialah hal mengajar..erm, macroteaching.aku agak berpuas hati walaupun merasakan ini bukanlah yg terbaik. byk sungguh kelemahan aku dalam usaha utk menjadi seorang pendidik. Komunikasi dlm bahasa Inggeris, penguasaan ilmu msih ditahap yg lemah. Nasib baik aku masih mempunyai sahabat2 yg sering membantu dan memberi semangat. Shima bakal guru yg baik dan lemah lembut,Yusra bakal menjadi guru yg bijaksana dan petah berkata2 dgn ilmunya, Asyitar bakal guru/ustazah yg sentiasa menjadi contoh teladan kpda muslimah dan sentiasa memberi kata2 semangat, Zahidatul Aziah bakal menjadi guru yg penyayang dan peramah, Izzati bakal guru yg tegas dan suka tersenyum, Siti Suria bakal guru yg garang tapi baik hati, Reza bakal guru yang akan disukai oleh semua org kerana sifat pemurah, prihatin, peramah dan boleh menguruskan byk hal, Haidar bakal guru yg senyap tetapi byk ilmu sekiranya ditanya..
ha, ni la kwn2 yg ade dikala ak belajar utk menjadi seorg guru didalam kelas microteaching dan macroteaching. Mereka ada disampingku ketika aku menitiskan airmata kerana mendapat teguran tegas dr tutor krana kesilapan dlm mengajar. Tima kasih kwn2 krna membantuku wlaupun aku msih lmah..

Dalam kesibukan, keluarga tak pernah diabaikan. Aku sentiasa merindui dan menyayangi mereka. tersangatla rindukan abah, mak, 3 org kakakku dan 3org adikku yg bijak2 itu..

Sahabat dihatiku jua tidak pernah dilupakan. Ayu Emilina yg juga sibuk dgn program ceramahnya, Amshar yg juga sibuk sbgai YDP dlm persatuannya, Arpan yg juga sibuk myusun strategi belajar, Hafiza yg tiba2 menyepi, Sakeena&Nurul Fareha yg senyap sunyi, Hafiz yg sedang memulihkan hatinya, Asyikin yg sibuk belajar subjek susah dlm medic dan Zulaikha yg sibuk juga dgn mcm2 program. Dalam kesibukkan aku, aku masih tau keadaan kwn2 ku ini..mereka juga tidak pernah jemu mendoakan dan memberi semangat kepada diriku ini. aku juga tempat mereka mengadu masalah..semoga mereka akan berjaya dan bahagia didunia dan akhirat..

~saatku meluahkan isi hati ini~
princess marwaddah

Tanpamu

Resah dan gelisah ku rasa

Hidup penuh pancaroba

Roda masa pantas berputar

Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka

Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku

Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu

Tiba murkamu menghukum

Keangkuhanku kian hancur

Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)

Ku tak berdaya (Ku terpedaya)

Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)

Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)

Daku derita (Tangisku hiba)

Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)

Jiwa dan tubuh kepedihan

Terseksa, terhukum

Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam

Jalanan kelam dan suram

Lampaui batasan insan

KeagunganMu kulupakan

Rahmat dariMu kudambakan

KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya

Tempuh segala

Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu

Sinar cintaMu Yang Agung

Pasrah merayu redhaMu

Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan

KeampunanMu ku pohonkan
Related Posts with Thumbnails