;

Monday, September 28, 2009

Nak raya lagi??


Alhamdulillah, dh 1 week lebih cuti hari raya..Cukupla kan. balik kampus nampak la balik semua assignment n thesis yang tergendala.huhu.. Masih ada masa lagi untuk berjuang siapkan tesis dan assigment dalam 2 weeks ni. InsyaAllah..

Apa cite raya kali ni?? Macam tahun lepas tapi ada sikit la kejadian yang tak diingini berlaku. Apa-apa pun aku tetap gembira beraya bersama insan-insan tersayang. Awal-awal raya mestilah dengan keluarga. Mencium tangan dan pipi mak n abah adalah nikmat hidup yg ak kecapi dipagi raya kerana ak bersyukur kerana mempunyai ibubapa dan berada disamping mereka ketika berhari raya. ak juga bersyukur kerana abah dah sembuh dari sakit..minta maaf drpd adik-beradik tapi pagi raya adik ak masih belum sampai kerana flight dia petang raya. so, kami beraya kat airport LCCT la sementara tunggu dia.hihi..



beraya kt marybrown lak..hee..adik xsempat pkai bj raya..cian kt dia..


Memang kena ikat kaki dengan abah pasal kena ikut pergi rumah sedara mara dan balik kampung. Dah tu try la jugak minta izin nk beraya dengan kwn-kwn..Best la. kali ni raya hanya sempat jumpa fiza, asrul, amshar, jep, irman, hafiz, zulaika, epul, ijan, apan, awin. n rosnadiya. Kwn2 lain tu xsmpt la. minta maaf la yer kwn2..buat ayu n iken, xdpt la jmpe raya ni..huhu..



beraya dgn kwn2 lak..


Sempena hari raya ni, aku nak minta maaf kat sape2 terutamanya keluarga dan rakan2 klu ak ade buat silap n salah kt mane2.. semoga raya kali ni menyedarkan ak erti keinsafan dan membuka hati untuk memaafkan org lain. Perkara yang lama xperlu diungkit walaupun kdg2 pahit juga utk ditelan. ak telah memaafkan segala salah silap sape2 yg pernah buat silap kt ak..

Dah puas beraya, jomla melaksanakan puasa sunat bulan syawal. 6 hari jer pon..semoga kita dpt barakah drpd Allah st..rebutlah ia sementara kita msih dimuka bumi ini..wallahualam..



Saturday, September 12, 2009

Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :


Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .


Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-


Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )


Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman

Waktunya


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.


Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.


Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.


Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.


Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.


Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.


Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?


Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).


Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-


أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)


Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )


Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar


Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-


فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )


Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.


Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.


Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-


وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )


Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-


وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


Mestikah Mendapat Tanda ?


Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya. .." ( Riwayat Muslim)


Hadith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.


Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.


Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.


Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?


Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.


Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-


سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?


Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.


Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.


Ihsan daripada:
Sahabat Interaktif, Zaharuddin Abd Rahman..

Syukran..

Wednesday, September 9, 2009

Syahdunya Ramadhan..

Assalamualaikum.

Ya Allah, dah 2 hari tak berapa sihat. Apa kena la. Petang tadi boleh pula sakit perut sampai keluar masuk tandas. Astagfirullahhalazim, salah makanlah ni. Perut meragam. Dua hari demam on off jer. Panas sangat cuaca rasanya. Petang tadi sebenarnya merancang nak berbuka dirumah pasal sakit perut. Tapi last-last minute tukar plan bila tengok suasana rumah yang suram. Apa lagi, capai tudung dan telekung terus kayuh basikal ke surau. Itulah rutin petang aku dalam bulan Ramadhan ni. Biar pun seorang diri, aku gagahkan diri untuk berjemaah berbuka puasa di surau Kg Simpang Empat yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Disitu lebih banyak barakah bagiku. Pernah aku mengimpikan seorang teman yang sehati sejiwa dengan aku. Menemani diri ini. Bersama-sama ke surau, menuntut ilmu dunia dan akhirat bersama-sama, sujud bersama-sama di malam hari dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan Allah. Tapi masih tak ketemui. Dulu mungkin Allah ingin mengurniakan aku seorang sahabat sedemikian tapi kami telah dipisahkan dengan jarak. Berdikarilah wahai Mariam, hamba Allah yang sangat lemah dan lalai.. Itu aku mengakuinya.. Mungkinkah aku akan dikurniakan teman hidup seperti seorang teman yang aku impikan? InsyaAllah, ameen. Hanya Allah Maha Mengetahui.



Bagaimana rasanya seronok dan nikmatnya berbuka di surau? Aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana makcik-makcik kat surau tu baik-baik belaka. Mereka dah macam mak aku. Pernah aku terlewat ke surau, mereka sudah menyiapkan pinggan yang berisi nasi dan lauk. Air minuman ku juga dituang oleh seorang ibu yang memanggil aku 'anakanda'. Ya Allah, baiknya mereka. Aku mengucapkan terima kasih dan menyuap nasi bersama titisan airmata. Itulah kelemahan ku. Murah dengan airmata. Dua hari lepas juga aku tidak ke surau. Hari ini kedatangan ku dinanti-nantikan. Aku ditanya kenapa tidak datang. Begitu prihatin mereka terhadap aku. Adik-adik yang berbuka puasa di surau juga senang bergaul dengan aku. Sentiasa senyum dengan aku. Terutamanya Fatimah, kecil dan comel sentiasa tersenyum. Itulah keseronokan aku berbuka puasa di surau. Hilang rasa sakit perut aku hari ini.. Alhamdulillah..


Makcik-makcik yang baik hati. Terima kasih bonda-bonda yang ku sayangi.


Nikmat berbuka puasa di surau pula ku rasakan apabila selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah. Bersalam-salaman dengan muslimah yang sama-sama mendirikan solat. Hari ini aku sangat terharu apabila seorang makcik yang memanggil aku 'anakanda' meminta izin untuk mencium pipiku sebanyak 3 kali. Ini diikuti dengan makcik-makcik yang lain. Terusik sudah hatiku. Mereka bertanyakan berbagai-bagai soalan tentang diriku dan kawan-kawan. Ada yang ku jawab dan tidak. Aku tiba-tiba terasa rindu sangat untuk mencium mak dan abah. Begitulah kasih sayang yang aku perolehi dari makcik-makcik di surau sekiranya aku berbuka puasa disurau. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu.


Adik-adik yang comel-comel. ha, tak sabar nak makan la tu..Sabar2, tunggu azan dulu.hee..


Aku juga tidak mahu menafikan yang juadah berbuka puasa di surau memang sedap-sedap belaka. Al-maklum la, lauk-lauk kampung tapi memang membuka selera aku. Kadang-kadang sekiranya ada lebihan, mereka akan membungkus makanan tersebut untuk aku. Bolehlah dijadikan lauk untuk bersahur. Berkat di bulan Ramdhan. Rezeki kurniaan Allah swt tidak pernah aku tolak. Pernahkah dulu aku terfikir betapa hebatnya rumah Allah? Biar terhantuk banyak kali, baru lah sedar.


Juadah berbuka aku hari ini. Dalam pinggan batu. Suasana kampung..seronok..


Seseungguhnya berbuka puasa di surau kg ini adalah terakhir buat aku kerana tahun hadapan aku akan berpindah untuk praktikal pula. Tahun terakhir di UPSI. Pasti aku akan merindui dan teringat-ingat kenangan makan bersama makcik-makcik di surau. Aku memang suka keadaan yang bersederhana di bulan Ramadhan tanda aku berjaya menundukkan nafsu tanpa godaan syaitan. Wallahualam.



Catatan malam 20 Ramadhan 1430
mariam~marmawarmerah~

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Masjid Sujud

Dikala bulan Ramadhan ini, aku merasakan membaca dan menulis adalah lebih baik daripada aku keluar dari rumah dan kadang-kadang masalah kesihatan yang sering mengganggu aktiviti harian aku. Itulah rutin harian aku selain aku ke kampus untuk menghadiri kuliah dan menjalankan tugas-tugas di makmal bagi menyiapkan tesis. Menghasilkan slide anatomy stem yang memang meletihkan dan petangnya ke surau. Ada masa terluang, aku akan duduk dimeja untuk membaca dan menulis sesuatu untuk merehatkan otak yang asyik digunakan untuk menyiapkan assignment dan tesis. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan aku hadapi disaat semester akhir di kampus ni. Aku tertarik pada satu cerita. Marilah kita sama-sama renungkan. Tapi sebelum itu, anda mestilah bersabar dan tenang selepas membacanya.


Kisah Masjid Sujud


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah
separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...


p/s: Kepada sesiapa yang membaca kisah ini jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat merehatkan minda anda.

Lagi satu, jangan ikuti bahasa seorang ayah kepada anaknya. Ia sekadar rekaan dan cerita semata-mata. Harap dapat merehatkan minda yang bercelaru dan berserabut..hihi..

Harap maaf..aku hanya mengembirakan hati aku dan sesiapa yang berfikiran terbuka.

Wallahualam..

Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa di Mashad, Iran

Alhamdulillah, kini telah menjalani ibadah puasa selama 16 hari dan hari ini telah masuk 17 Ramadhan. Berpuasa memberi banyak faedah kepada kita. Hari ini aku tertarik kepada email yang aku dapat dua hari yang lepas. Melalui email itu, aku melihat bagaimana satu masyarakat di Iran berbuka puasa beramai-ramai. Aku amat kagum melihat rakyat di Mashad yang bekerjsama menyediakan hidangan untuk berbuka puasa untuk kira-kira hampir 1000 umat Islam di sana. Aku juga yakin bahawa umat Islam di Malaysia juga mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari di masjid-masjid dan di surau-surau. InsyaAllah , semoga kita mendapat barakah daripada Allah swt di dalam bulan puasa yang mulia ini.


This is one of the beauty of Islam


Semasa penyediaan hidangan berbuka puasa.














Bahagian muslimin semasa berbuka puasa.




Muslimin dan muslimat diasingkan sewaktu berbuka puasa.





Ihsan dari: Group Sahabat Interktif

Syukran...

Sunday, September 6, 2009

Sesuci Mariam


Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai seorang perempuan. Setelah dilahirkan, aku telah diberi nama Mariam Ismail. Kita sering mendengar lagu-lagu nasyid yang menggunakan nama mujahidah dalam Islam seperti Sumaiyah dan Balqis. Akhirnya aku berjaya mendapat satu lagu nasyid yang menggunakan nama aku. Lagu yang mengisahkan ketabahan Maryam, ibu Nabi Isa. Betapa sucinya Maryam. Tak mampu aku dan tak layak juga diriku disamakan dengan Saidatina Maryam. Terima kasih kepada seorang sahabat,Yusra Abu Hamad yang telah memperkenal lagu ini kepada aku sewaktu berada di dalam makmal Biotechnology. Lagu ini dinyanyikan oleh Kumpulan NICE.





Gambar Hiasan



Sama-samalah kita hayati lirik lagu ini.
Terimalah,

Sesuci Mariam

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...





Tuesday, September 1, 2009

Mak Yang Ku Sayang

Mak,

Aku bersyukur kerana ada mak
Mak ada dalam hati aku
Adanya aku kerana adanya mak
Mak sentiasa sabar menjaga aku


Mak,

Kaulah ibu, ummi, mama..

Aku bersyukur kerana mendapat kasih sayangmu
Aku merindui belaianmu semasa kecilku
Aku masih anakmu yang dahaga cinta seorang ibu
Walaupun aku sedari semuanya harus dikongsi

Mak,

Tak pernah memarahi diriku
Tidak pernah mencubitku
Tidak pernah memukulku
Malah tidak pernah merotanku

Mak,

Aku kagum dengan perjuanganmu
Aku hargai pengorbananmu
Aku berterima kasih kerana melahirkan diriku
Aku sangat menyayangi dirimu

Mak,

Andai aku pernah melukakan hatimu
Maafi kesilapan dan kesalahanku
Andai aku pernah membuat air matamu mengalir
Ampuni dosa-dosaku itu




Indahnya dan bahagianya hidup anakmu ini sekiranya dapat berbakti dan menjadi anak yang solehah..

Kenangan menunaikan solat terawih bersamamu minggu yang lalu amat manis ku rasakan..

~marmawarmerah~
Related Posts with Thumbnails