;

Friday, January 29, 2010

Penerbangan Itu


Gambar hiasan

Kaki terus melangkah dengan laju tanpa menghiraukan orang disekeliling walaupun ada mata yang memandang. Tak larat nak melihat airport lagi. Dalam fikiran hanya terikir untuk pulang ke rumah untuk berehat dan bertemu keluarga. Penerbangan tadi memang memenatkan. Setelah seminggu berada di Japan bersama seorang lagi juruterbang dan beberapa pramugari dan pramugara, akhirnya selamat sampai ke tanah air. Itu penerbangan Afzan yang paling jauh. Cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang tercapai walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran.



Tiba-tiba tanpa disedari, beg yang ditariknya terkena kaki seseorang. “Aduh,ishhh..” Afzan menoleh kebelakang. Dia melihat seorang wanita memegang kaki dan hanya memandangnya. Wanita itu tidak berkata apa-apa. Afzan menoleh kehadapan semula dan terus berjalan kerana dalam hatinya hanya berbisik mengatakan sekadar tersinggung sedikit sahaja. Dia terus berjalan tapi dalam kepala membayangkan wajah wanita itu. Hatinya terus bermonolog “aku macam kenal dia..Oh, tidakkkk!!”

Tanpa berfikir panjang, Afzan berlari anak pada arah bertentangan untuk mencari wanita itu semula. Akhirnya dia tiba dibelakang wanita itu. “Semakin cantik, bertudung seperti wanita Arab” katanya didalam hati. Dia menyentuh sedikit bahu wanita itu tetapi kelakuannya itu memang memeranjat wanita itu. “Eh, kenapa ni?” Wanita itu menoleh. Dia terkejut kerana dihadapannya kini berdiri seorang lelaki yang berpakaian lengkap seperti juruterbang. Dia juga seperti mengenali lelaki itu.



“Musliha, kenal saya lagi” Afzan memulakan langkah. Hatinya berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu. Musliha melihatnya dengan penuh teliti dan menundukkan pandangan. Dia mengenali sungguh lelaki didepannya. Tetapi penampilan Afzan yang semakin segak membuatkan dia seperti tidak percaya. “Assalamualaikum..Zan, mana mungkin saya tidak mengenali awak.Cuma Zan banyak berubah, semakin ermmm..Tak ada apa-apa la”Musliha tersenyum melihat Afzan yang membulatkan mata menanti-nanti perkataan seterusnya daripada Musliha.

‘‘Semakin apa? Awak ni Musliha.Ada-ada je. Awak buat apa kat sini. Macam baru balik dari vacation je? Musliha terus membalas, “Zan, saya rasa pelik dengan awak. Dah lama kita tak jumpa tapi masih panggil saya Musliha. Dah lama tak ada orang panggil saya dengan nama ni. Semua orang memanggil saya, Solehah. Actually, saya baru balik dari Indon. Adik saya graduate kat sana. Tapi saya balik dulu pasal dia ada urusan yang tak settle lagi. Sayalak sok kerja”. “Betulkan nama awak Musliha Solehah, tak salahkan kalau saya panggil Musliha. Cantik nama tu seperti orangnya. Memang dari sekolah saya suka panggil nama awak tu”


Afzan memandang Musliha. Dia bermonolog di dalam hatinya “Musliha Solehah tidak pernah luput dalam hatiku. Kau yang telah mengajar aku erti kesabaran”. Mereka berdua pernah belajar disekolah yang sama tetapi Afzan berpindah ke sekolah berasrama penuh. Mereka saling mengenali kerana pernah memegang jawatan dalam satu persatuan yang sama semasa tingkatan 3. Afzan menyepikan diri apabila masing-masing menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi. Hampir 7 tahun mereka tidak bertemu dan jarang mendengar berita. Tetapi mereka ditemukan di airport.



“So, sekarang ni awak nak balik ke?Saya boleh tolong hantar”, Tanya Afzan. “Belum lagi, nanti kakak saya datang jemput tapi kemungkinan lambat lagi.” Musliha berkata lagi, “Awak nak balik dah? Takpe la panjang umur kita jumpa lagi”. “Eh, belum lagi. Kalau awak sudi jom saya belanja minum. Boleh borak-borak lagi. Saya seronok dapat jumpa awak”, Afzan meneruskan agendanya. “Erm, boleh. Saya harap tak ada orang yang akan menfitnah kita” Musliha bimbang dia akan difitnah oleh orang disekelilingnya.


Mereka berborak-borak disebuah café di dalam airport. “Musliha, saya ingat awak dah dimiliki oleh seseorang pada masa itu, sebab itu saya menyepi. Saya memang dari sekolah sudah menyukai awak, lagi-lagi bila nak ke surau. Saya tahu awak selalu ada disitu tapi kita masih muda pada masa itu. Cita-cita saya pun sekarang sudah jadi kenyataan.Pilot kan Musliha.. Dulu, sebelum kita ke ipt pon awak juga yang bagi semangat dan galakan. Saya tidak pernah lupa.” Afzan tersenyum malu menceritakan perasaannya pada Musliha.
Musliha hanya menunduk saja. Dia bingung. Sebenarnya, dalam hatinya pada masa dahulu pernah terlintas untuk menyukai Afzan, tetapi dia redha apabila Afzan menyepi daripada hidupnya. “Zan, kenapa awak tak pernah beritahu saya? Memang impian saya nak tengok awak terbang tinggi. Gelaran Pilot kn Zan..Hati saya dah dimiliki Zan….tapi….” Musliha tidak dapat berkata-kata. Lantas, Afzan berkata, “Betul ke Musliha, maafkan saya. Saya tak sepatutnya ajak awak untuk minum bersama saya”. Musliha mengangkat kepalanya dan memandang Afzan.


Dengan sayu dia berkata, “Jodoh saya bukan dengan dia, Zan.Saya mengenalinya semasa tahun terakhir di universiti. Selepas setahun berkawan dengannya, dia mengambil keputusan untuk bertunang dan menikahi saya. Tapi malangnya keluarganya menghalang perhubungan kami. Keluarganya mengatakan saya tidak setarafnya. Mereka orang berada dan saya pula hanya gadis kampung. Saya sedar siapa saya Zan. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Saya sendiri meninggalkan dirinya. Bagi mengubati hati yang kecewa ini, saya menyambung pengajian. Tahun lepas saya baru menyelesaikan master saya” airmata Musliha hampir mengalir, tapi dia masih dapat bertahan.



“Hatimu memang kuat, kau juga seorang yang sabar sama seperti dulu. Tak pernah berubah. Musliha Solehah pasti akan menjadi milikku. Kau bukan gadis kampong tapi kau bakal menjadi bidadari bagi seorang suami. Suami mu pastinya aku. Akan aku menghibbah dirimu” Afzan bermonolog sambil memandang Musliha yang ayu berjilbab.


Selepas hari tersebut, Afzan sering menghubungi Musliha. Musliha senang berkawan dengan Afzan. Jika Afzan tidak terbang, dia pasti akan pergi ke rumah Musliha untuk berjumpa dengan keluarga Musliha. Keluarga Musliha menerima Afzan dengan hati yang terbuka. Pada suatu hari, Musliha dikejutkan dengan kehadiran ibu bapa Afzan. Ibu bapa Afzan ingin merisik Musliha. Musliha amat terkejut kerana Afzan tidak pernah mengatakannya..


‘Wahai muslimah impian para lelaki, Musliha Solehah..Sudikah dirimu menjadi permaisuri dihatiku? Zan ingin menikahi dirimu Musliha…’ Musliha mendapat pesanan ringkas daripada Afzan. Airmatanya mengalir dan sayu dengan keikhlasan Afzan. Tiba-tiba handphone nya bordering. Dia menjawab panggilan itu. “Musliha, maafkan saya. Saya ikhlas dan saya mahu jawapan daripada awak. Ibu bapa saya pasti menanti jawapan daripada awak juga”. Suara serak Musliha terus melafaz, “Ya Zan, saya sudi…..” pada masa itu, ibu Musliha masuk ke dalam bilik dan memandang Musliha. Musliha menangis dan menggangguk kepala tanda setuju kepada ibunya. Ibunya mengusap kepala Musliha dan terus keluar untuk memberitahu keluarga Afzan.


“Adakah Mukriz Afzan memang jodohku?Semoga Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan kepada kita Zan. Aku akan menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita kelak. InsyaAllah..”Musliha termenung selepas dia menunaikan solat iskthirah dan sujud syukur dimalam hari.


Selang beberapa bulan, mereka telah mengikat tali pertunangan. Afzan berasa lega kerana 3 bulan dia akan menjadi suami. Oleh disebabkan dia masih baru dalam penerbangan, dia sering membawa kapal terbang didalam negara. Tapi, Musliha sering risau setiap kali Afzan terbang. Dia pasti berdoa kepada Allah supaya melindungi Afzan daripada malapetaka.Sebulan lagi majlis pernikahan akan berlangsung. Barang-barang hantaran telah siap dan terdapat beberapa lagi perkara yang belum diselesaikan. Afzan dan Musliha sabar dalam menanti hari bahagia mereka.



Afzan dikejutkan dengan tugas yang diberikan oleh ketuanya. Dia dikehendaki menerbangkan kapal terbang ke New Zealand. Dia tidak pernah pergi sejauh itu. Hatinya berdebar-debar untuk memberitahu Musliha. Akhirnya, Musliha redha dengan tugas Afzan. Walaupun hati tidak tenang. Dia merasakan sesuatu yang pelik. Sebelum itu, Afzan sempat memberikan Musliha beberapa kuntum bunga mawar dan coklat yang sebelum ini dia tidak pernah berikan kepada Musliha.
Musliha berasa sedih dan berharap Afzan akan pulang dengan selamat. Setelah selamat sampai di New Zealand, Afzan terpaksa menunggu selama seminggu untuk penerbangan ke tanah air. Musliha bersyukur kerana Afzan selamat sampai.


Hari ini penerbangan Afzan untuk pulang ke tanah air. Dia bersama seorang pilot yang berpengalaman. Semasa menerbangkan flight itu, Afzan berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba…


Musliha yang baru lepas makan mengangkat pinggannya untuk dibasuh tapi pinggan itu terlepas dari tangannya…Panggggg….Dia sendiri terkejut. Hatinya mula berdebar-debar.. “Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku…” Afzan tidak dapat dihubungi walupun setelah 24jam penerbangannya. Musliha resah. Dia cuba menghubungi pejabat yang menguruskan penerbangan Afzan. Mereka tidak memberikan maklum balas yang memuaskan. Petang itu, Musliha mendapat panggilan.


“Maafkan kami cik. Kami harap cik bersabar. Flight yang Kapten Afzan bawa tidak berfungsi dengan baik. Kapten Afzan dan Kapten Saiful tidak dapat mengawal flight. Flight tersebut telah terhempas disempadan negara Singapore. Kapten Afzan nahas dalam kecelakaan tersebut”.



Ya Allah, lemah gemalai Musliha pada masa itu. Airmatanya sepantas kilat mengalir. Musliha menangis semahu-mahunya. Allah swt lebih menyayangi Afzan daripada dirinya.Barang-barang hantaran yang telah siap disediakan masih tidak terusik walaupun setelah 2 bulan berlalu. Bunga mawar dan coklat yang masih tidak disentuh itu menjadi kenangan bagi mengingati diri arwah Afzan yang tidak kesampaian bergelar sebagai seorang suami.


Penerbangan itu memberi kesan yang pahit dalam hidup Musliha Solehah...
Related Posts with Thumbnails