;

Sunday, August 14, 2011

Aku menangis kerana dia...Isteri tersayang..



Isteri Tersayang..
Isyraf, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diminda.  Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Isyraf ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Isyraf sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Isyraf. Sahabat yang Isyraf anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Isyraf katakan, diantara bintang yang bergilapan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Isyaraf sibuk menyiapkan tugasan ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat . Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox message yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Isyaraf ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Isyraf,
Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Isyraf! 


Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Isyraf turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Isyraf,

Nasuha Alya Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Durham . Nasuha pelajar fakultiku. Nasuha tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Nasuha dengan merebut kembali cintanya, namun Nasuha cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang.
Cinta aku pada Nasuha teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Nasuha bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Nasuha juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 60 tahun.

Persoalan yang singgah ditengah-tengah minda Isyraf kian terjawab. Isyraf mula mengerti gejolak hati dia. Isyaraf mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Isyaraf  kian berganda bila Isyaraf terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.


Isyraf,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Nasuha mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Nasuha tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di negaranya dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Nasuha mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Nasuha tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Isyraf. Sabarnya tidak ada penghujung!

Isyraf,

Aku mula abaikan Nasuha. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Nasuha, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu, Isyaraf. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Nasuha tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Adib Fahmi, putera aku dan Farah. Nasuha sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.


Isyraf jadi bingung.
Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Isyraf kagumi.

Isyraf,

Hati Nasuha turut ku rebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Adib Fahmi. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Adib Fahmi, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Isyraf. Farah tinggalkan aku bersama-sama Adib Fahmi yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Isyraf?


Isyraf sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Isyraf, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Nasuha. Adib Fahmi perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Nasuha tika itu Isyraf, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Adib Fahmi. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Isyraf? Adib Fahmi lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Isyraf, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Adib Fahmi kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Adib Fahmi biasa membesar dari sumur Nasuha! Nasuha tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Isyraf. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Isyraf. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Nasuha. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Adib Fahmi membesar dengan kasih sayang Nasuha.

Isyraf seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Isyraf berombak menahan sebak.

Isyraf,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Adib Fahmi sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Nasuha tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Isyraf. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu.
Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Isyraf. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Nasuha mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Isyraf. Nasuha pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Isyraf. Nasuha menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Nasuha satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Nasuha sudah di peringkat kritikal. Nasuha perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Nasuha. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Nasuha tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Nasuha. Aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Nasuha terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Nasuha dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Isyraf. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Isyraf, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Nasuha menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Nasuha semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Nasuha sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Nasuha memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Nasuha tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Isyraf. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Nasuha yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Nasuha semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Nasuha pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Adib Fahmi walaupun dia bukan ibu kandung Adib Fahmi . Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Isyraf,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Nasuha akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Adib Fahmi tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Isyraf!

Azmi Iskandar,
23 January 2010. Malaysia .


Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Isyraf. Airmata Isyraf seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Isyraf juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit diri. Iskandar menyedarkan Isyraf. Isyraf tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama.
Isyraf bangun. Musfirah sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Isyraf menyiapkan tugasannya. Dia dikejutkan dari tidur oleh Isyraf. Musfirah, abang Sayangkan Musfirah! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Musfirah terpinga-pinga. Isyraf tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat. Isyraf mengucup dahi Musfirah.


TAMAT
-Dipetik dan diubahsuai daripada ahli Sahabat Interaktif-

Semoga menjadi tatapan dan panduan kepada saya dan para pengunjung blog ini. Ketahuilah isteri itu perlu disayangi dan wanita perlu dilindung. Perempuan itu datangnya dari tulang rusuk yang bengkok.
Wallahulam..


 .

Friday, August 12, 2011

Tutup 'URAT'..sakit ke?adei..


Jangan tersalah tafsir pula. Sebenarnya tutup aurat. Urat kita dah memang Allah swt tutup. Kalau nak tengok urat memang susah. Sepatutnya aurat juga begitu.  Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan para pelawat blog ini.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang
jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka ku ini,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati..

Comel nyer si dia ni..Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk berubah...:)

Related Posts with Thumbnails