;

Tuesday, June 19, 2012

Semua yang berlaku kehendakNya..

Banyak yang telah berlaku dalam hidup aku. Bermula daripada kemalangan abah dan mak. Itu episod pertama dugaan dan kesedihan yang terus berlaku sehingga berakhirnya sebuah kemanisan yang aku rasai sehingga hari ini..Semoga akan terus manis dan tiada lagi pahit yang akan aku rasakan. Sekiranya Allah swt ingin menduga dan menguji aku lagi, aku redha dengan mehnah dunia. Lumrah hidup sebagai hambaNya yang lemah.


Aku mengambil iktibar dan menjadikan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup aku. Selepas abah dan mak kemalangan, aku pula ditimpa musibah. Aku mengalami kemalangan jalan raya juga. Aku melanggar kereta akibat brek kereta tidak berfungsi dengan baik.Kejadian berlaku pada bulan Januari. Mak dan abah masih di hospital.


Bulan Februari pula mengisahkan aku yang asyik demam dimasukkan ke dalam wad akibat demam yang berlarutan sehinggalah aku pengsan di bahagian kecemasan. Lelah aku juga semakin teruk. Aku dipindahkan ke bahagian separa kritikal. Aku disyaki demam denggi. Setelah 2 hari di wad, aku didapati mengidap demam campak dan jangkitan kuman pada paru-paru. Pada masa yang sama Angah melahirkan Ammar. Ammar sempena gabungan nama aku dan Amshar. 


Bulan Mac di sambut dengan penuh debaran. Akhirnya kemanisan bermula apabila abah sudah boleh dibawa kerumah. Kemanisan terus dirasai dalam hidup aku. Amshar menyuntingku sebagai tunangnya. Meriah majlis pertunangan kami. Amshar setia dan sentiasa ada semasa aku menangis dan gembira. Insan yang sentiasa memahami keadaan aku, Walaupun jauh, dia sentiasa menenangkan jiwa ini. 


17 Jun 2012, Genap tiga bulan kami bertunang..18 Jun 2012 dia melaporkan diri di Hospital Selayang. Doaku telah Allah swt kabulkan. Semoga dia dapat bekerja dan meninba ilmu serta pengalaman. Itulah yang terbaik buat dirinya dan juga aku bakal isterinya satu hari nanti, inshaAllah. Kebahagiaan dan kegembiraan milik Allah tapi aku sebagai hambaNya berdoa untuk mendapatkannya. 


Semoga selepas ini, banyak lagi sinar dan kemanisan dalam hidup ini.. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya. Alhamdulillah,syukur dengan nikmat kuniaanMu..Amin
Related Posts with Thumbnails