;
Showing posts with label Kata-kata Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata Hatiku. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Catatan Ramadhan


Hari ini aku pulang dari tarawikh seperti biasa. Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak semasa Ramadhan. Ya Allah, indahnya saat itu. Ketika itu berumur kira 8-11 tahun. Setiap tahun aku melakukan perkara yang sama. Kehadiran 10 malam terakhir Ramadhan adalah saat indah buat aku. Nak tahu apa yang aku lakukan?

Yang Pertama
Pada siang hari, aku akan mencari kayu dihutan bersebelahan rumah. Eh, cari kayu buat apa ek? Hee..macam perangai budak laki kata abah. Cari kayu pasal nak pacak tiang untuk pelita la. Aku bukan berseorang tapi ditemani adik perempuanku. Pada ketika itu aku hanya mempunyai seorang adik tapi tidak kini. Kami berdua akan ke kedai untuk membeli minyak tanah dan pelita. Lepas itu, menyelongkar perkakas pertukangan abah sebab nak dapatkan paku dan tukul. Memang nakal sangat ketika itu. Belum lagi kes curi joran abah pasal nak pergi memancing dekat sungai belakang rumah.Al-maklumla, aku budak kampung. Belum bergelar gadis kampung.hee..Selepas itu, aku pacakkan semua tiang pelita dikeliling rumah. Kira-kira 10 buah pelita paling maksimum.

Malamnya, selepas beriftar aku akan solat maghrib secepat mungkin. Nak tahu kenapa?hee.. Nak pasang pelita la. Masa itu takut-takut berani keluar rumah. Tapi pelita punya pasal, hilang rasa takut. Mak dan abah tak dapat halang. Memang nakal anak perempuan yang sorang ni. Macam budak laki. Begitulah rutin aku dalam malam-malam terakhir Ramadhan.

Yang kedua
Solat tarawikh punya cerita. Aku akan pergi ke masjid dengan abah. Pergi berdua saja masa itu. Maklumlah abah hanya ada sebuah motor honda yang menjadi kenderaan utama keluarga kami. Pasal tiap-tiap malam aku saja yang nak ikut abah, jadi adik-beradik lain tak dapat ikut. Mungkin juga abah bawa aku pasal aku nakal. Takut-takut kalau aku tak dibawa ke masjid, aku tak pulak solat tarawikh di rumah. Eh, aku baik tau.hehe.. Aku masih ingat lagi, semasa tunggu abah keluar dari masjid aku diperhatikan oleh budak-budak laki kampung. Bila abah sampai je, aku naik motor dengan abah. Sorang dari mereka berteriak "Pakcik, cantiklah yang atas motor tu". Abah pun patah balik dan jumpa dengan mereka, "Owh, cantik yer.Sape yang cakap tadi? Kang pakcik bagi parang nak tak?". Aku tutup muka dengan tangan. Takut pasal abah memang garang. Tambahan lagi, pada masa itu adik-beradik aku semua perempuan. Abah pantang betul kalau 5 puterinya dikacau atau diusik oleh mana-mana budak laki. Siaplah korang..haha..

Aku pernah juga mengikut makcik dan nenek sedara ke masjid jikalau abah bekerja malam. Jadi, aku akan berjalan kaki lebih kurang 15min. Semangat nak bersolat punya pasal. Paling mengembirakan aku apabila dihadiah telekung oleh seorang nenek di masjid. Katanya tiap-tiap malam dia nampak muka aku. Rajin la kononnya.hihi..Jadi, dia berniat menghadiahkan telekung buat aku. Alhamdulillah..Itu belum lagi kisah selipar aku putus masa balik dari masjid. Adoi, punyalah sangat kaki kena berkaki ayam. Sedih-sedih..

Yang ketiga
Malam 27 lekor. Bukan keropok lekor tau. Pada masa itu, jahil betul aku ni. Yang aku percaya malam itu ialah malam yang diraikan. Konon-konon malam yang boleh bersukaria. Fahaman mana la aku ikut. Ish3.. Pada zaman tu boleh main mercun dan bunga api. Abah pula melayan kerenah aku. Apalagi dapatlah main bunga api lepas balik tarawikh. Seronokla plak bila ingat balik zaman masa aku kecil. Sebenarnya mak dah beritahu yang malam-malam ganjil terdapat satu malam pengampunan. Itulah Lailatul Qadar. Aku tidak memahaminya. Apa yang aku, mak dan nenek sedara pesan lepas solat minta ampun dari Allah. Khilafnya hamba Allah yang kerdil ini.

Yang keempat
Buat kuih raya. Ha, aku diantara penyebuk kalau mak buat kuih. Ada saja aku nak tolong. Pastu main-main dengan adik aku. Kalau adunan tepung tu, boleh pula kami cubit sikit dan main baling-baling.Nakal betul. Anak siapa ni.hihi..Mak tak pernah marah. Itu yang best. Tapi kalau abah datang dapur, siaplah kami berdua.Jangan cari pasal.haha..
Lepas tu, aku selalu ambil tender cuci tingkap. Penat betul rasa cuci tingkap masa tengah puasa. Asal lepas cuci tingkap, mesti aku rasa nak buka puasa. Tekak rasa haus.hehe..Mak pandai pujuk,mak kata lagi berapa jam je nak berbuka.Kena sabar sikit. Oh, baikla..aku tidur kerana menunggu waktu berbuka.



Alhamdulillah, selepas 5 tahun tidak berpuasa bersama keluarga, akhirnya tahun ini aku berpuasa di rumah bersama keluarga tercinta. Aku memang merindui saat ini. Kini aku ke masjid bersama emak dan dua orang adik lelaki ku.Abah sudah tidak larat untuk menunaikan solat tarawikh. Abah mengidap pelbagai sakit. Kakak-kakak sudah bekerja dan duduk berasingan. Adik perempuan ku pula berada di seberang laut. Dulu ke masjid dengan menaiki motor bersama abah ataupun berjalan kaki tapi sekarang aku sendiri memandu kereta membawa mak dan adik-adik ku. Aku ingin adik-adik lelaki ku menikmati zaman kanak-kanak mereka sama seperti aku. Tapi keadaan sudah berubah.

Dulu aku ke masjid sebagai budak kampung yang kecil, sekarang sebagai gadis kampung. Berbeza sudah gelaran itu. Tiada lagi istilah malam 27 lekor buat aku. Itu semua kenangan. Lailatul Qadar lah yang aku cari. Meminta keampunan segala dosa yang telah aku lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ya Allah, Hamba yang lemah ini sering melakukan kesilapan. Bab kuih raya pula, sejak 2 tahun yang lepas aku hanya akan membuat kuih almond london. Itu saja yang mampu aku buat. Yang lain semua buat kat kedai.haha..

Malam ini bermula kemuncak Ramadhan. Malam yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman. Bangun dimalam hari untuk mencari Lailatul Qadar. Begitu juga dengan aku. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada hambaNya.Ameen..

Tapi aku juga terfikir mengenani masa hadapan.
Adakah pada masa akan datang aku akan ke masjid bersama orang lain?
Ataupun adakah ada kesempatan untuk memperoleh Ramadhan pada tahun hadapan bersama keluarga? Semoga Allah swt masih memberikan kesempatan itu buat aku dan muslimin muslimat.


Monday, August 9, 2010

Kembali Setelah Lama Menyepi..

Hari ini aku telah membuka hati untuk menulis semula..Tapi semua itu masih difikiran.Mampukah aku untuk melakar semula nukilan dan kata-kata hikmah? Aku masih lagi memikirkannya..Setelah hampir empat bulan aku meninggalkan blog ni.Namun masih ada lg insan2 yg membaca blog lama ni..syukran jazilan..

Mungkin sempena menyambut Ramadhan ini, aku akan kembali aktif seperti tahun2 yg lalu.Semoga Allah permudahkan segala urusan...




Kenangan menulis di meja rumah sewa Sitiawan..

Wednesday, October 21, 2009

Akhirnya Aku..

Alhamdulillah, dapat berehat sehari kt rumah memang dah lama aku impikan..Selepas 2 weeks mengahadapi hari-hari yg sibuk dan memenatkan. Sampai aku sendiri tak nak tahu apa erti penat dalam menjalani kehidupan ini. Mungkinkah ini pengorbanan? Ya, tepat sekali. Berkorban untuk kepentingan diri sendiri dan orang lain. Setiap hari yang dilalui adalah berbeza. Bagi aku berbeza itu ialah sama ada hari ini lebih baik dr semalam atau sebalik. Kita sendiri dapat membezakannya..






Meneliti dan mengenal diri sendiri merupakan kunci

rahsia mengenal Allah s.w.t.-Imam Al-Ghazali



Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

Aku selalu mngingatkan kepada diri, berkorbanlah utk org disekeliling terutamanya keluarga dan orang-orang yg aku sayang. Kehidupan yg dilalui skg adalah datang dari Dia. Sungguh besar nikmat yg Dia kurniakan kepada hamba-Nya yg lemah ini. Aku sentiasa bersyukur kerana dalam menjalani kehidupan, aku dikurniakan insan-insan yg sering membantu, sentiasa memberi semangat dan memahami. Kawan2 di UPSI terutamanya yg byk berganding bahu dalam segala masalah yg aku hadapi. Syukran jazi lan. Semoga Allah swt membalas jasa kalian.

Seronok bukan kalau dlm kesibukkan, kita masih mempunyai kwn2 mampu memberikan senyuman dan gelak tawa sebagai salingan. Tak cukup tidur dan tak cukup rehat memang melemahkan badan tapi kwn2 la yg banyak memberi semangat tak kira jauh ataupun yg berada didepan mata.. Senyuman gelak tawa kakzi, yusra, asyitar, shima, nadila dan hanum dpt mengurangkan tension dan keletihan aku. Selalu jer ade bahan utk kami kurangkan bebanan kerja. Gurau senda yg selalu aku bt tp last2 aku jugak yg kena balik. Sampai muke pon merah2..hihi..betapa nakalnya aku rupanya. Opppss!! terpecah rahsia..hee..
Yang jauh dimata tp tetap dekat dihati juga tak penah dilupakan.Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Berdoalah sesuatu hari nt kte akan sama2 berjaya dan bahagia didunia dan akhirat. InsyaAllah..Ameen Ya Rabb..


Begitulah dlm meniti hari-hari yg mendatang. Ada yg suka dan ada yg duka. Hati ini masih kuat utk meneruskan cita-cita dan impian. Kesungguhan, pengorbanan dan kesabaran itu menjadi kunci dalam berjuang.Aku tetap mawar merah yang menanti kembangnya dan kumbang yang setia pada kuntuman bunga yang mekar mewangi dalam taman larangan...






Tenangkan hatimu dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu letih ia akan menjadi buta. (Imam Ali b. Abi Talib)



2 Zulkaedah 1430 Hijrah


Monday, September 28, 2009

Nak raya lagi??


Alhamdulillah, dh 1 week lebih cuti hari raya..Cukupla kan. balik kampus nampak la balik semua assignment n thesis yang tergendala.huhu.. Masih ada masa lagi untuk berjuang siapkan tesis dan assigment dalam 2 weeks ni. InsyaAllah..

Apa cite raya kali ni?? Macam tahun lepas tapi ada sikit la kejadian yang tak diingini berlaku. Apa-apa pun aku tetap gembira beraya bersama insan-insan tersayang. Awal-awal raya mestilah dengan keluarga. Mencium tangan dan pipi mak n abah adalah nikmat hidup yg ak kecapi dipagi raya kerana ak bersyukur kerana mempunyai ibubapa dan berada disamping mereka ketika berhari raya. ak juga bersyukur kerana abah dah sembuh dari sakit..minta maaf drpd adik-beradik tapi pagi raya adik ak masih belum sampai kerana flight dia petang raya. so, kami beraya kat airport LCCT la sementara tunggu dia.hihi..



beraya kt marybrown lak..hee..adik xsempat pkai bj raya..cian kt dia..


Memang kena ikat kaki dengan abah pasal kena ikut pergi rumah sedara mara dan balik kampung. Dah tu try la jugak minta izin nk beraya dengan kwn-kwn..Best la. kali ni raya hanya sempat jumpa fiza, asrul, amshar, jep, irman, hafiz, zulaika, epul, ijan, apan, awin. n rosnadiya. Kwn2 lain tu xsmpt la. minta maaf la yer kwn2..buat ayu n iken, xdpt la jmpe raya ni..huhu..



beraya dgn kwn2 lak..


Sempena hari raya ni, aku nak minta maaf kat sape2 terutamanya keluarga dan rakan2 klu ak ade buat silap n salah kt mane2.. semoga raya kali ni menyedarkan ak erti keinsafan dan membuka hati untuk memaafkan org lain. Perkara yang lama xperlu diungkit walaupun kdg2 pahit juga utk ditelan. ak telah memaafkan segala salah silap sape2 yg pernah buat silap kt ak..

Dah puas beraya, jomla melaksanakan puasa sunat bulan syawal. 6 hari jer pon..semoga kita dpt barakah drpd Allah st..rebutlah ia sementara kita msih dimuka bumi ini..wallahualam..



Wednesday, September 9, 2009

Syahdunya Ramadhan..

Assalamualaikum.

Ya Allah, dah 2 hari tak berapa sihat. Apa kena la. Petang tadi boleh pula sakit perut sampai keluar masuk tandas. Astagfirullahhalazim, salah makanlah ni. Perut meragam. Dua hari demam on off jer. Panas sangat cuaca rasanya. Petang tadi sebenarnya merancang nak berbuka dirumah pasal sakit perut. Tapi last-last minute tukar plan bila tengok suasana rumah yang suram. Apa lagi, capai tudung dan telekung terus kayuh basikal ke surau. Itulah rutin petang aku dalam bulan Ramadhan ni. Biar pun seorang diri, aku gagahkan diri untuk berjemaah berbuka puasa di surau Kg Simpang Empat yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Disitu lebih banyak barakah bagiku. Pernah aku mengimpikan seorang teman yang sehati sejiwa dengan aku. Menemani diri ini. Bersama-sama ke surau, menuntut ilmu dunia dan akhirat bersama-sama, sujud bersama-sama di malam hari dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan Allah. Tapi masih tak ketemui. Dulu mungkin Allah ingin mengurniakan aku seorang sahabat sedemikian tapi kami telah dipisahkan dengan jarak. Berdikarilah wahai Mariam, hamba Allah yang sangat lemah dan lalai.. Itu aku mengakuinya.. Mungkinkah aku akan dikurniakan teman hidup seperti seorang teman yang aku impikan? InsyaAllah, ameen. Hanya Allah Maha Mengetahui.



Bagaimana rasanya seronok dan nikmatnya berbuka di surau? Aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana makcik-makcik kat surau tu baik-baik belaka. Mereka dah macam mak aku. Pernah aku terlewat ke surau, mereka sudah menyiapkan pinggan yang berisi nasi dan lauk. Air minuman ku juga dituang oleh seorang ibu yang memanggil aku 'anakanda'. Ya Allah, baiknya mereka. Aku mengucapkan terima kasih dan menyuap nasi bersama titisan airmata. Itulah kelemahan ku. Murah dengan airmata. Dua hari lepas juga aku tidak ke surau. Hari ini kedatangan ku dinanti-nantikan. Aku ditanya kenapa tidak datang. Begitu prihatin mereka terhadap aku. Adik-adik yang berbuka puasa di surau juga senang bergaul dengan aku. Sentiasa senyum dengan aku. Terutamanya Fatimah, kecil dan comel sentiasa tersenyum. Itulah keseronokan aku berbuka puasa di surau. Hilang rasa sakit perut aku hari ini.. Alhamdulillah..


Makcik-makcik yang baik hati. Terima kasih bonda-bonda yang ku sayangi.


Nikmat berbuka puasa di surau pula ku rasakan apabila selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah. Bersalam-salaman dengan muslimah yang sama-sama mendirikan solat. Hari ini aku sangat terharu apabila seorang makcik yang memanggil aku 'anakanda' meminta izin untuk mencium pipiku sebanyak 3 kali. Ini diikuti dengan makcik-makcik yang lain. Terusik sudah hatiku. Mereka bertanyakan berbagai-bagai soalan tentang diriku dan kawan-kawan. Ada yang ku jawab dan tidak. Aku tiba-tiba terasa rindu sangat untuk mencium mak dan abah. Begitulah kasih sayang yang aku perolehi dari makcik-makcik di surau sekiranya aku berbuka puasa disurau. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu.


Adik-adik yang comel-comel. ha, tak sabar nak makan la tu..Sabar2, tunggu azan dulu.hee..


Aku juga tidak mahu menafikan yang juadah berbuka puasa di surau memang sedap-sedap belaka. Al-maklum la, lauk-lauk kampung tapi memang membuka selera aku. Kadang-kadang sekiranya ada lebihan, mereka akan membungkus makanan tersebut untuk aku. Bolehlah dijadikan lauk untuk bersahur. Berkat di bulan Ramdhan. Rezeki kurniaan Allah swt tidak pernah aku tolak. Pernahkah dulu aku terfikir betapa hebatnya rumah Allah? Biar terhantuk banyak kali, baru lah sedar.


Juadah berbuka aku hari ini. Dalam pinggan batu. Suasana kampung..seronok..


Seseungguhnya berbuka puasa di surau kg ini adalah terakhir buat aku kerana tahun hadapan aku akan berpindah untuk praktikal pula. Tahun terakhir di UPSI. Pasti aku akan merindui dan teringat-ingat kenangan makan bersama makcik-makcik di surau. Aku memang suka keadaan yang bersederhana di bulan Ramadhan tanda aku berjaya menundukkan nafsu tanpa godaan syaitan. Wallahualam.



Catatan malam 20 Ramadhan 1430
mariam~marmawarmerah~

Sunday, September 6, 2009

Sesuci Mariam


Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai seorang perempuan. Setelah dilahirkan, aku telah diberi nama Mariam Ismail. Kita sering mendengar lagu-lagu nasyid yang menggunakan nama mujahidah dalam Islam seperti Sumaiyah dan Balqis. Akhirnya aku berjaya mendapat satu lagu nasyid yang menggunakan nama aku. Lagu yang mengisahkan ketabahan Maryam, ibu Nabi Isa. Betapa sucinya Maryam. Tak mampu aku dan tak layak juga diriku disamakan dengan Saidatina Maryam. Terima kasih kepada seorang sahabat,Yusra Abu Hamad yang telah memperkenal lagu ini kepada aku sewaktu berada di dalam makmal Biotechnology. Lagu ini dinyanyikan oleh Kumpulan NICE.





Gambar Hiasan



Sama-samalah kita hayati lirik lagu ini.
Terimalah,

Sesuci Mariam

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia

Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya

Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda

Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah

Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi

Kau solehah...





Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ayat-ayat suci Mu penyembuh hati bagiku..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

Subhanallah..Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Aku menyambut 1 Ramadhan dengan hati yang tabah dan tawadhuk. 30 Syaaban, abah telah menjalani satu pembedahan yang tidak berapa serius. Tapi aku merasa sayu dan pilu kerana Rmadhan kali ini, abah tidak sihat seperti dulu. Itu dugaan Allah buat aku. Hanya doa seorang anak yang mampu aku lakukan dari jauh. Hati mana yang tak sedih dikala mendengar suara seorang ayah yang sedang sakit hanya ditelefon. Kuatkan hati agar titisan-titisan itu tidak jatuh. Begitu juga seorang isteri yang juga bergelar ibu menahan mutiara dari kelopak dari jatuh ketika bersama suaminya berjuang menghadapi dugaan Allah swt. Rindunya aku pada mereka, bonda dan ayahanda tercinta. Apakan daya masih banyak tugas-tugas dan tanggungjawab belum diselesaikan di kampus.

Ramadhan kali ini memang menguji diriku. Aku masih bersyukur kerana Allah itu Maha Penyayang. Aku masih mempunyai keluarga yang saling sayang-menyayangi. Allah sedang menguji keluarga kami. Harus hadapi dengan tenang. Gelak tawa mak, kakak-kakak dan adik-adik masih lagi kedengaran ditelinga aku bagi mengurangkan kerisauan kami sekeluarga. Insan-insan yang tersayang dalam hidup ini bagaikan sinaran yang menerangi laluan kehidupan. Pahit yang ku rasa, madu dia berikan. Begitu pengubat bagi hati yang resah.




Catatan malam 5 Ramadhan 1430 Hijrah..


Monday, April 20, 2009

Terus Berjuang..

Semakin hari terasa kehangatan ujian daripada Allah swt..Tiba-tiba rasa semangat semakin membara utk menjadi seorang mujahidah sejati. Tapi hati ini masih tertanya-tanya "Mampukah diri yang lemah ini?" InsyaAllah. Melihat rakan-rakan seperjuangan yang sanggup meluangkan masa utk belajar bagaimana berdakwah, menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah dan sibuk mengajak rakan-rakan lain utk taat kepada Allah. Diri ini pula, sibuk mengejar tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Masih tidak sempat utk semua itu. Diri ini mengakui bahawa kelemahan ini mampu diperbaiki.

Mungkin sudah tiba masanya utk melakar peta perjalanan hidup. Diari tahun ini akan menjadi bukti. Bagaimanakah peta itu? Masa terdekat, masa akan datang yang masih belum dapat dijangkakan. InsyaAllah, kita boleh merancang bukan? Ya, Allah itu sentiasa memerhati. Mungkin yang betul dan ada hikmahnya sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar. Tapi yang kurang itu mungkin tidak akan berlaku. Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .... (AliImran:85). InsyaAllah, ayat suci ini menjadi panduan utk melakar peta itu..

Dalam masa terdekat ni, mungkin aku akan tumpukan pada exam. Ya Allah, berikan aku kekuatan, kurniakan aku daya ingatan yang kuat dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu kuniaan-Mu. Aku sudah pun memohon restu daripada bonda dan ayahanda tercinta. Agar mereka mendoakan kejayaan dan memudahkan aku menjawab exam.

Aku selalu ingin melakukan kerja amal dan kebaikan yang boleh memberi manfaat pada diri dan orang disekeliling. Aku jua berharap satu hari nanti aku akan menjadi sayap kiri kepada seseorang utk berdakwah kejalan Allah swt.
Dari Ibnu Abas ra, dari Nabi saw, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menulis gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna di sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya)... dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu disisiNya denga sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya... dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya... dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."
(Bukhari dan Muslim)

~hidup ini satu perjuangan yang tiada kesudahan~
Related Posts with Thumbnails