;
Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Penerbangan Itu


Gambar hiasan

Kaki terus melangkah dengan laju tanpa menghiraukan orang disekeliling walaupun ada mata yang memandang. Tak larat nak melihat airport lagi. Dalam fikiran hanya terikir untuk pulang ke rumah untuk berehat dan bertemu keluarga. Penerbangan tadi memang memenatkan. Setelah seminggu berada di Japan bersama seorang lagi juruterbang dan beberapa pramugari dan pramugara, akhirnya selamat sampai ke tanah air. Itu penerbangan Afzan yang paling jauh. Cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang tercapai walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran.



Tiba-tiba tanpa disedari, beg yang ditariknya terkena kaki seseorang. “Aduh,ishhh..” Afzan menoleh kebelakang. Dia melihat seorang wanita memegang kaki dan hanya memandangnya. Wanita itu tidak berkata apa-apa. Afzan menoleh kehadapan semula dan terus berjalan kerana dalam hatinya hanya berbisik mengatakan sekadar tersinggung sedikit sahaja. Dia terus berjalan tapi dalam kepala membayangkan wajah wanita itu. Hatinya terus bermonolog “aku macam kenal dia..Oh, tidakkkk!!”

Tanpa berfikir panjang, Afzan berlari anak pada arah bertentangan untuk mencari wanita itu semula. Akhirnya dia tiba dibelakang wanita itu. “Semakin cantik, bertudung seperti wanita Arab” katanya didalam hati. Dia menyentuh sedikit bahu wanita itu tetapi kelakuannya itu memang memeranjat wanita itu. “Eh, kenapa ni?” Wanita itu menoleh. Dia terkejut kerana dihadapannya kini berdiri seorang lelaki yang berpakaian lengkap seperti juruterbang. Dia juga seperti mengenali lelaki itu.



“Musliha, kenal saya lagi” Afzan memulakan langkah. Hatinya berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu. Musliha melihatnya dengan penuh teliti dan menundukkan pandangan. Dia mengenali sungguh lelaki didepannya. Tetapi penampilan Afzan yang semakin segak membuatkan dia seperti tidak percaya. “Assalamualaikum..Zan, mana mungkin saya tidak mengenali awak.Cuma Zan banyak berubah, semakin ermmm..Tak ada apa-apa la”Musliha tersenyum melihat Afzan yang membulatkan mata menanti-nanti perkataan seterusnya daripada Musliha.

‘‘Semakin apa? Awak ni Musliha.Ada-ada je. Awak buat apa kat sini. Macam baru balik dari vacation je? Musliha terus membalas, “Zan, saya rasa pelik dengan awak. Dah lama kita tak jumpa tapi masih panggil saya Musliha. Dah lama tak ada orang panggil saya dengan nama ni. Semua orang memanggil saya, Solehah. Actually, saya baru balik dari Indon. Adik saya graduate kat sana. Tapi saya balik dulu pasal dia ada urusan yang tak settle lagi. Sayalak sok kerja”. “Betulkan nama awak Musliha Solehah, tak salahkan kalau saya panggil Musliha. Cantik nama tu seperti orangnya. Memang dari sekolah saya suka panggil nama awak tu”


Afzan memandang Musliha. Dia bermonolog di dalam hatinya “Musliha Solehah tidak pernah luput dalam hatiku. Kau yang telah mengajar aku erti kesabaran”. Mereka berdua pernah belajar disekolah yang sama tetapi Afzan berpindah ke sekolah berasrama penuh. Mereka saling mengenali kerana pernah memegang jawatan dalam satu persatuan yang sama semasa tingkatan 3. Afzan menyepikan diri apabila masing-masing menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi. Hampir 7 tahun mereka tidak bertemu dan jarang mendengar berita. Tetapi mereka ditemukan di airport.



“So, sekarang ni awak nak balik ke?Saya boleh tolong hantar”, Tanya Afzan. “Belum lagi, nanti kakak saya datang jemput tapi kemungkinan lambat lagi.” Musliha berkata lagi, “Awak nak balik dah? Takpe la panjang umur kita jumpa lagi”. “Eh, belum lagi. Kalau awak sudi jom saya belanja minum. Boleh borak-borak lagi. Saya seronok dapat jumpa awak”, Afzan meneruskan agendanya. “Erm, boleh. Saya harap tak ada orang yang akan menfitnah kita” Musliha bimbang dia akan difitnah oleh orang disekelilingnya.


Mereka berborak-borak disebuah café di dalam airport. “Musliha, saya ingat awak dah dimiliki oleh seseorang pada masa itu, sebab itu saya menyepi. Saya memang dari sekolah sudah menyukai awak, lagi-lagi bila nak ke surau. Saya tahu awak selalu ada disitu tapi kita masih muda pada masa itu. Cita-cita saya pun sekarang sudah jadi kenyataan.Pilot kan Musliha.. Dulu, sebelum kita ke ipt pon awak juga yang bagi semangat dan galakan. Saya tidak pernah lupa.” Afzan tersenyum malu menceritakan perasaannya pada Musliha.
Musliha hanya menunduk saja. Dia bingung. Sebenarnya, dalam hatinya pada masa dahulu pernah terlintas untuk menyukai Afzan, tetapi dia redha apabila Afzan menyepi daripada hidupnya. “Zan, kenapa awak tak pernah beritahu saya? Memang impian saya nak tengok awak terbang tinggi. Gelaran Pilot kn Zan..Hati saya dah dimiliki Zan….tapi….” Musliha tidak dapat berkata-kata. Lantas, Afzan berkata, “Betul ke Musliha, maafkan saya. Saya tak sepatutnya ajak awak untuk minum bersama saya”. Musliha mengangkat kepalanya dan memandang Afzan.


Dengan sayu dia berkata, “Jodoh saya bukan dengan dia, Zan.Saya mengenalinya semasa tahun terakhir di universiti. Selepas setahun berkawan dengannya, dia mengambil keputusan untuk bertunang dan menikahi saya. Tapi malangnya keluarganya menghalang perhubungan kami. Keluarganya mengatakan saya tidak setarafnya. Mereka orang berada dan saya pula hanya gadis kampung. Saya sedar siapa saya Zan. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Saya sendiri meninggalkan dirinya. Bagi mengubati hati yang kecewa ini, saya menyambung pengajian. Tahun lepas saya baru menyelesaikan master saya” airmata Musliha hampir mengalir, tapi dia masih dapat bertahan.



“Hatimu memang kuat, kau juga seorang yang sabar sama seperti dulu. Tak pernah berubah. Musliha Solehah pasti akan menjadi milikku. Kau bukan gadis kampong tapi kau bakal menjadi bidadari bagi seorang suami. Suami mu pastinya aku. Akan aku menghibbah dirimu” Afzan bermonolog sambil memandang Musliha yang ayu berjilbab.


Selepas hari tersebut, Afzan sering menghubungi Musliha. Musliha senang berkawan dengan Afzan. Jika Afzan tidak terbang, dia pasti akan pergi ke rumah Musliha untuk berjumpa dengan keluarga Musliha. Keluarga Musliha menerima Afzan dengan hati yang terbuka. Pada suatu hari, Musliha dikejutkan dengan kehadiran ibu bapa Afzan. Ibu bapa Afzan ingin merisik Musliha. Musliha amat terkejut kerana Afzan tidak pernah mengatakannya..


‘Wahai muslimah impian para lelaki, Musliha Solehah..Sudikah dirimu menjadi permaisuri dihatiku? Zan ingin menikahi dirimu Musliha…’ Musliha mendapat pesanan ringkas daripada Afzan. Airmatanya mengalir dan sayu dengan keikhlasan Afzan. Tiba-tiba handphone nya bordering. Dia menjawab panggilan itu. “Musliha, maafkan saya. Saya ikhlas dan saya mahu jawapan daripada awak. Ibu bapa saya pasti menanti jawapan daripada awak juga”. Suara serak Musliha terus melafaz, “Ya Zan, saya sudi…..” pada masa itu, ibu Musliha masuk ke dalam bilik dan memandang Musliha. Musliha menangis dan menggangguk kepala tanda setuju kepada ibunya. Ibunya mengusap kepala Musliha dan terus keluar untuk memberitahu keluarga Afzan.


“Adakah Mukriz Afzan memang jodohku?Semoga Allah memberkati dan memberikan kebahagiaan kepada kita Zan. Aku akan menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita kelak. InsyaAllah..”Musliha termenung selepas dia menunaikan solat iskthirah dan sujud syukur dimalam hari.


Selang beberapa bulan, mereka telah mengikat tali pertunangan. Afzan berasa lega kerana 3 bulan dia akan menjadi suami. Oleh disebabkan dia masih baru dalam penerbangan, dia sering membawa kapal terbang didalam negara. Tapi, Musliha sering risau setiap kali Afzan terbang. Dia pasti berdoa kepada Allah supaya melindungi Afzan daripada malapetaka.Sebulan lagi majlis pernikahan akan berlangsung. Barang-barang hantaran telah siap dan terdapat beberapa lagi perkara yang belum diselesaikan. Afzan dan Musliha sabar dalam menanti hari bahagia mereka.



Afzan dikejutkan dengan tugas yang diberikan oleh ketuanya. Dia dikehendaki menerbangkan kapal terbang ke New Zealand. Dia tidak pernah pergi sejauh itu. Hatinya berdebar-debar untuk memberitahu Musliha. Akhirnya, Musliha redha dengan tugas Afzan. Walaupun hati tidak tenang. Dia merasakan sesuatu yang pelik. Sebelum itu, Afzan sempat memberikan Musliha beberapa kuntum bunga mawar dan coklat yang sebelum ini dia tidak pernah berikan kepada Musliha.
Musliha berasa sedih dan berharap Afzan akan pulang dengan selamat. Setelah selamat sampai di New Zealand, Afzan terpaksa menunggu selama seminggu untuk penerbangan ke tanah air. Musliha bersyukur kerana Afzan selamat sampai.


Hari ini penerbangan Afzan untuk pulang ke tanah air. Dia bersama seorang pilot yang berpengalaman. Semasa menerbangkan flight itu, Afzan berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba…


Musliha yang baru lepas makan mengangkat pinggannya untuk dibasuh tapi pinggan itu terlepas dari tangannya…Panggggg….Dia sendiri terkejut. Hatinya mula berdebar-debar.. “Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku…” Afzan tidak dapat dihubungi walupun setelah 24jam penerbangannya. Musliha resah. Dia cuba menghubungi pejabat yang menguruskan penerbangan Afzan. Mereka tidak memberikan maklum balas yang memuaskan. Petang itu, Musliha mendapat panggilan.


“Maafkan kami cik. Kami harap cik bersabar. Flight yang Kapten Afzan bawa tidak berfungsi dengan baik. Kapten Afzan dan Kapten Saiful tidak dapat mengawal flight. Flight tersebut telah terhempas disempadan negara Singapore. Kapten Afzan nahas dalam kecelakaan tersebut”.



Ya Allah, lemah gemalai Musliha pada masa itu. Airmatanya sepantas kilat mengalir. Musliha menangis semahu-mahunya. Allah swt lebih menyayangi Afzan daripada dirinya.Barang-barang hantaran yang telah siap disediakan masih tidak terusik walaupun setelah 2 bulan berlalu. Bunga mawar dan coklat yang masih tidak disentuh itu menjadi kenangan bagi mengingati diri arwah Afzan yang tidak kesampaian bergelar sebagai seorang suami.


Penerbangan itu memberi kesan yang pahit dalam hidup Musliha Solehah...

Friday, November 13, 2009

Antara Dua Pilihan



Alia terus melihat handphonenya yang bergetar. Ish, siapa lak pagi-pagi buta ni bagi msg. Dia memandang jam dimejanya. 2.40 pagi. Rupa-rupanya kakaknya yang menghantar msg tersebut.

"Salam.Dik, kau mesti x tdo lg kn?"

Alia terus membalas msg tersebut." Wslm.Mstla blom.Mimpi ak ke pg2 ni bg msg?hee" Alia tersebut sendirian.
"Kau ni kan dik, suka tol main2. Ko shat ke? senyap jer..Ade ape2 nk dikongsi ke?"msg dr kakak Alia.
"Gurau jer. Ak shat je.Kak xpyh rso la. Xnk la kongsi apa2 dgn kau kak.psl nnt ak dpt skit je.hihi.."balas Alia.
"Ade2 je ko ni dik. Akak riso la dik,tp ko bt xtau jer. Ni demi kebahgiaan ko. Akak xtido pk mslh ko ni.Ko xnk blik ke? kakak Alia teruskan membalas msg Alia.
"Alahai kak. Ko nk rso ape. Klu mak bahagia, ak pon bahagia. Sama mcm dlu, mak bt keputusn utk adikmu ni.Percayalah kak.hehe..."Alia membalas msg kakaknya dengan linangan airmata. Tapi dalam msgnya dia hanya menunjukkan kegembiraan padahal dalam hatinya hanya dia sahaja yang tahu.

Kakak Alia mengatakan sesuatu dalam msgnya. "Kak nk tgok ko senyum dik.Tp ko ade pilihan bukan.Dia adalah kebahagiaan ko. Bukan pilihan mak. Nnt akak ckp kt abah nyer.."
Airmata Alia terus mengalir sejurus dia membaca msg yang dibalas oleh kakaknya.
"Kak, nape ko riso sgt. Klu itu pilihan mak, adik redha. Dia pasti faham, itu takdir wlupon adik dh knal dia lama.."

Kakak Alia tetap juga mempertahankan adiknya. "Alia, akak tau ko sayangkan dia. Masih sempat lg nk utk bg jawapan. Ko berhak tolak pilihan mak. Ni soal masa depan ko. Jodoh ko ni dik.Tolonglah dik, kuarkan suara skit. blik nyer minggu ni.."

Alia tak mampu untuk melawan kata2 kakaknya. "Itu ak xnafikan kak. Ni soal kebahagiaan mak. Ok, klu adik blik akak belanja makan stick leh x?hee..Pastu tlg la bt assignment yg byk ni.hihi.." kata-kata Alia itu sahaja mahu menunjukkan dia tidak bersedih tapi hakikatnya baju tidurnya dibasahi airmata.

"Ak xfhm tol la dgn adik ak sorg ni. Dik, ko xpyh sorokkan luka dihatimu. Akak tau. ok dik, blik yer.Akak belanja apa saje yg ko nk. Dah, g tdo la. salam.."

Alia senyap tanpa membalas msg kakaknya.


***********************************************************************************************

Izham terus melihat gambar itu. Dalam hatinya merasa sedih. Kali ini mungkin dia akan mengeluarkan kata-katanya. Dia melihat dipersekitaran. Sunyi tapi kadang kala terdengar bunyi berkicauan dari hutan.


"Ha, abg.ni airnya. Lama abg tenung gambar tu." Asiah membawa air untuk suaminya. Suaminya terus merenung ke arah isterinya itu. "Abg xnk buat keputusan tapi...." "Saya tau pilihan saya kali ni mesti sesuai dengan Alia. Tengokla, orangnya baik dan dah bekerja. Bab agama pon ok jugak".Asiah terus mempertahankan pilihannya. Izham memberi pendapat. "Syg, klu abg cakap awak jangan amik hati. Tapi kali ni abg tak bersetuju. Bagi peluang kat Alia untuk buat pilihan. Dari dulu Alia tak pernah membantah. Soal masa depan Alia untuk masuk ke universiti pun awak yang pilih. Dia nak jurusan lain tapi awak nak lain. Saya tak pernah membantah apa yang Alia minta tapi ada saja yang awak bagi cadangan kat Alia. Dia bersetuju je. Tak pernah kata tidak. Saya tahu kalau dia tak bersetuju dia akan diam. Sama macam sekarang. Awak ada telefon Alia?"

Asiah hanya menunduk. " Saya belum telefon dia lagi. Saya memang nak dia balik minggu ni".
"Kalau macam tu, awak suruh dia balik minggu ni. Awak tolong faham perasaan Alia. Ni soal masa depan dia. Mungkin dia akan terima dengan pilihan awak untuk tengok awak senyum. Hakikatnya hati dia, kita tak tahu syg. Abg tak nak Alia sedih. Dia mungkin ada pilihan dia. Abg tahu dan awak mesti lebih tahu".



Sejurus selepas itu, Izham tanpa rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dia telah buat untuk Alia. Walaupun hatinya tahu yang isterinya sudah memilih pilihan hidup untuk Alia. Alia berhak untuk membuat keputusan dan Izham yakin dengan pilihan Alia. Alia pasti gembira kerana kali ini, Izham sendiri akan membuat keputusan berdasarkan pilihan Alia, anak yang sentiasa yang ingin melihat ibu dan ayahnya senyum bahagia..


Izham melipat gambar itu dan meletakkan didalam sampul...

Saturday, August 8, 2009

Kasih Seorang Suami


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang berat ini. Permudahkan segala urusanku dimuka bumi-Mu ini. Lindungi keluargaku Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku. Aku mengakui kesalahan dan kesilapan diri ini..Amin ya rabbalalamin..Doa Hafiz Yahya mengadap Illahi.

*********************************************************************************************

“ Awak tak kisah ke menikah dengan saya ni? Maklumlah, saya ni dah tua dan duda pula” kata Yahya kepada Kamsiah. Yahya tepat memandang Kamsiah. “Saya pun dah berusia juga. Saya tak ada siapa-siapa dalam hidup ni. Arwah suami saya pun sudah lama meninggalkan saya. Bagaimana anak-anak awak?” Kamsiah mahukan kepastian daripada Yahya.

“Saya tak setuju kalau ayah menikah lagi! Kami ni masih boleh menjaga ayah kalau sesuatu terjadi kat ayah!” begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh anak kelima Yahya, Aziah. “ Saya tak kisah, kalau ayah nak menikah lagi, tapi kalau ayah sakit ataupun apa-apa terjadi pada ayah, saya nak makcik yang ambil tahu. Jangan beritahu saya apa-apa. Saya pegang janji saya” sambung Zubaidah , anak keempat Yahya. Hafiz bangun dari tempat duduknya dan berkata, “Jangan lupa yang kami masih anak ayah. Saya ikut je kehendak ayah sekarang tapi izinkan saya meminta maaf sebagai anak sulong ayah yang kami kurang bersetuju dengan keputusan ayah untuk menikah lagi”.

“ Ayah tetap akan menikah dengan Makcik Kamsiah. Ayah tahu kamu semua sudah berkeluarga dan akan berkeluarga. Ada masa ke kamu nak tengok ayah? Nak jaga makan minum ayah, kalau ayah sakit sekurang-kurangnya makcik kamu ada untuk jaga ayah. Ayah akan menikah juga” kata Yahya dengan tegas. Nampaknya ada seorang anaknya yang bersetuju dengan pendapat Yahya. “Eh, biarlah ayah menikah dengan makcik. Betul apa yang ayah cakap tu” Suhaila, anak kedua Yahya.

“Ok kakngah. Kita tengok nanti siapa yang akan jaga ayah kalau apa-apa terjadi kat dia. Baru orang tua tu tau. Siapa yang lebih penting dalam hidup dia!” Pang!!! Tangan Yahya hinggap dipipi anak keempat Yahya. Zubaidah terus lari kuar dari rumah. Hafiz hanya menggelengkan kepala. Aziah, Maziah, Suhaila, Hamid dan Aminah hanya diam membisu.

*********************************************************************************************

”Abang, ni air saya dah buat. Menung apa tu?” Hanisah menghulurkan air milo yang dibuat untuk suaminya, Hafiz. Hanisahlah insan yang sentiasa berada disisi Hafiz dikala susah dan senang. Madu dan racun sudah Hanisah rasa bersama Hafiz. Dia tekun menghadapi ujian Allah swt bersama suaminya. “ Abang tak menung la Hani”. Kejadian 23 tahun masih segar diingatan Hafiz. Ayahnya bergaduh dengan adik-beradiknya kerana hanya mahu menikah. “ Hani, apalah salah ayah kan. Sampai macam begini makcik buat kat ayah. Abang pun terfikir yang ayah terlalu ikut cakap Makcik Kamsiah”. Hafiz menyambung, “Ayah langsung tak ingat kat adik-adik abang dan nama makcik Kamsiah je yang lekat kat mulut dia. Ntah apa makcik Kamsiah bagi kat dia”. “Ish, kenapalah abang fikir macam tu. Tapi kadang-kadang tu Hani pun ada terfikir. Maklumlah, orang dulu-dulu macam-macam dia buat supaya suami sayang kat dia”. Hani mamberi pendapat.

“Dahla Hani, tak baik kita fitnah Makcik Kamsiah” Hafiz mengingatkan Hanisah dan dirinya. “Kamsiah oh Kamsiah, aku lapar ni. Kau dah masak ke? Asyik merayap jer” kedengaran suara Yahya dari dalam rumah. Hafiz dan Hanisah yang berada diruang rehat diluar rumah hanya menggelengkan kepala. Yahya merupakan ayah mertua kepada Hanisah . Sejak setahun yang lepas, Yahya tinggal bersama mereka sekeluarga. Yahya sudah hilang ingatan. Bukan nyanyok tapi suka meracau,bercakap benda-benda yang lepas dan suka marah-marah tak tentu pasal. Hanisah pula dianggap sebagai Kamsiah. Gelisah dibuatnya bila Yahya sentiasa mengikut kemana sahaja. Sampai nak buat kerja rumah dan memasak pun Hanisah terpaksa menyorok-nyorok. Itulah yang dihadapi Hanisah setiap hari. Hafiz sudah memahaminya. Kehadiran ayahnya dirumah membuatkan Hafiz pening kepala memandangkan Hafiz sendiri mempunyai pelbagai penyakit yang perlu dihadapi. Allah sedang menguji keluarga Hafiz.

Yahya masih terjerit-jerit dalam rumah memanggil Kamsiah, isterinya. “Kamsiah, Kamsiah..Mana kau ni. Aku panggil tapi tak datang juga. Tangan dan kaki aku sakit ni” begitu lah setiap hari Yahya bercakap tak berhenti-henti. Tapi hanya nama Kamsiah sahaja dibibirnya. Mak tiri Hafiz iaitu Kamsiah sudah membuang ayahnya. Kamsiah sudah tidak mahu menjaga Yahya lagi. Dia sendiri berkata bahawa Yahya sudah gila dan tidak waras. Dia menyuruh orang untuk menghantar Yahya ke rumah Hafiz. Dengan tenang Hafiz menerima ayahnya. Setelah berpuluh-puluh ribu duit Yahya dihabiskan hasil daripada Yahya menjual tanah pusakanya. Tidak sedikit pun Yahya memberikan duit itu kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Semua duit itu dimasukkan ke dalam akaun bank Kamsiah. Betapa sayangnya Yahya pada Kamsiah. Kasih sayang hanya untuk Kamsiah, orang minangkabau yang masih mengamalkan adat pepatih. Itulah adatnya, semua harta milik perempuan.

NUKILAN, MAR MAWAR MERAH…. Nantikan sambungnya…kasih seorang suami 2..

Related Posts with Thumbnails