;

Friday, August 12, 2011

Tutup 'URAT'..sakit ke?adei..


Jangan tersalah tafsir pula. Sebenarnya tutup aurat. Urat kita dah memang Allah swt tutup. Kalau nak tengok urat memang susah. Sepatutnya aurat juga begitu.  Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan para pelawat blog ini.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang
jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka ku ini,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati..

Comel nyer si dia ni..Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk berubah...:)

Sunday, July 24, 2011

Aku dan Semput

Macam sedap jer ABC ni.kalau makan, doktor gak susah..hehe..

Sejak akhir-akhir ni selalu jer kena semput. Cuaca yang tak menentu. Lagi-lagi kawasan apartment aku yang diatas bukit memanglah sejuk sangat. Susah betul nak bernafas. Sampai dengar bunyi nafas aku ni. Tu tandanya nak kena semput. Kena ambil langkah-langkah berjaga dan cara nak mengatasi. Orang selalu kata orang yang semput/asma ni tak pandai bernafas. Ntahla, aku dah cuba kawal pernafasan aku. Bukan aku tak cuba, tapi memang rasa tak cukup nafas.

Sekarang baru aku sedar, kenapalah bapak aku tu bising dan marah sangat kalau aku minum ais dan makan buah-buahan yang sejuk. Alahai, nak gak makan aiskrim. Bukan tak boleh makan, tapi mesti waktu panas dan bukan musim hujan. Kalau tak, buruk padahnya. Buah yang bagi kesan yang buruk kat aku ialah buah tembikai, rambutan dan durian. Pernah satu masa mula-mula aku kena asma disebabkan buah rambutan. Hampir 3 bulan aku tak berhenti batuk dan sesak nafas. Susah hati dibuatnya bapak aku. Kalau makan buah tembikai di siang hari, kesannya dimalam hari. Mula menyanyi nafas-nafas aku.haha..

Minggu lepas, aku pergi joging dengan apan, pakcik muda aku.haha..Sorry la bro.Aku memang dah lama tak joging.Memang lambat dan cepat penat. Akhirnya dia pon dengarlah 'wiz' aku. Aku sendiri tak leh control. Nasib baik tak semput kat situ, Kalau tak, mesti gelabah member tu.hee..
Aku sendiri kaji diri aku. Bila aktiviti bersukan memang aku cepat penat dan mula batuk. Tu tandanya dah nak mula semput. Orang disekeling aku pon mesti tak tahu nak buat apa.

Ada kawan-kawan yang disekeling aku pernah gak tanya nak buat apa kalau aku kena serangan semput ni? nak bawa g hospital or klinik? Aku tak pernah lagi masuk hospital sebab semput ni.hehe.. Kena tengok condition aku masa tu, kalau aku masih bagi respon bagi air panas yg nak jd suam. Kalau sejuk, kena pakai sweater dan stokin yang tebal on d spot! Dalam handbeg aku ada pil asma. InsyaAllah, kalau makan dalam setengah jam tu, aku ok la. Pastu kalau kat apartment aku tu ada ubat batuk yang dah bercampur dengan ubat asma. Sangat berkesan kalau aku makan masa batuk tengah semput. Ubat ni doktor klinik swasta yang bagi. Sebenarnya dah lama kena semput. So, aku dah buang inhaler. Konon-konon tak nak bergantung pada ubat. Kalau pergi klinik kerajaan, aku akan dapat ubat asma yang kesannya badan dan tangan aku shaking tak henti-henti dekat-dekat 3jam..Lama tu..

Lagi satu hal mengenai udara persekitaran. Harap maaflah, aku memang tak leh dekat dengan orang yang merokok. Kalau tak, memang aku 'gol' awal la. Adik-beradik perempuan aku semua ada semput. Masing-masing ada inisiatif dan cara nak menangani semput ni.

HARAP MAKLUMLAH PASAL ENTRI AKU NI. aku pun nak hidup macam orang lain..:)

Wednesday, July 6, 2011

Langgar kebal..kemik sikit jer.


Hari ni genap 2 weeks dari tarikh aku kemalangan. 21.6.2011.. Masih segar lagi diingatan. Tak boleh membayangkan kalau kemalangan tu teruk macam aku tengok didada akhbar. Auzubillahiminzaliq. Jalan genting klang pukul 9.1

5pagi. Masa tu aku dalam perjalanan nak pergi ke PPD Keramat. Nak tukarkan sekolah adik aku. Jadi, banyak urusan kena aku buat. Nak dijadikan cerita selepas corner, dalam 500m ada sebuah bus dihadapan aku. Bas tu tak bergerak, aku sempat salin PHT 78*8. Aku pon bagi signal ke kanan, nak masuk lorong. Perlahan-lahan tunggu satu kereta lepas. Tak sempat lagi masuk, Paaanggggggggggg!!!! Kereta aku kena langgar dr belakang. Kepala aku terhantuk kt stereng dan kebelakang. Pening2 lalat masa tu n kereta aku bergerak kedepan sendiri dan aku sempat pusing stereng ke bahu jalan.. Istiqfar masa tu. Masih

ingat pada Allah. Badan pun menggigil. Aku tak keluar kereta.

Sekali seorang laki berbadan besar pun ketuk la cermin tingkap aku.. “Kak, camne ni? Adei kak, nape bawa slow td?” Dengan bismillah dan kepala yg pening2 aku pon melangkah keluar. Aku tengok kereta aku dulu. Wah, hebat! Kemik sikit jer si kebal aku ni. Sekali tengok kereta dia, kemik teruk bahagian depan dan siap nak tercabut. Lampu kereta dia pun dah retak. Kalau aku karate mesti pecah. “Alahai, camni ni? Bukan salah saya.” Aku cakap camtu kat dia. Takot2 berani pasal bdn dia besar, kang sekali dia sepak aku, kemik plak pipi aku..;p Aku memang cepat gelabah sikit. Dia membebel kat situ, aku pun call angah d

an alang aku la. Yang angah kata pergi balai jer. Tapi kat alang aku boleh plak nak nangis. Alang aku boleh plak cakap, “ yang ko nangis nape, ko kan cikgu. Ko kan garang. Pergi cakap kat dia, dia yang salah langgar ko. Dia tak g balai, ko g jer sorang2” Menyirap darah aku bila alang kata aku cikgu garang. OK, FINE!

“Sekarang mcm mane? Awak bw kete slow n teragak2 nak masuk lorong kanan. Sy dari jauh dah brek emergency tau x?” mamat tu bercakap lagi. “

Yang encik bawa kete laju sgt nape? Kalau encik tak bawa laju, mesti encik sempat brek dan tak langgar kereta sy. Encik nak suruh byr ganti rugi ke? Ni salah encik pasal encik langgar kereta sy dr belakang. Tengok kesan tayar encik tu, panjang kan? Tu tandanya encik bawa laju n hentam kereta sy.” Aku plak panjang lebar ckp kat dia. “ kalau g balai pon sy yang kena.bukan awk yg kena psl polis mesti salahkan sy.” Dia ckp lg.. “okla, kalau encik tak nak g balai, sy g sendiri.” Aku buat keputusan sendiri.. “Jap2, kita settle kat sini jela. Awak boleh janji tak buat report?” Dia tanya soalan yg menjerut diri dia. Aku menghampiri kereta aku psl jari dia dah menghala kat aku. Ni macam mengugut jer ni. “

ok, kita settle kat sini. Sy tak buat report.” Aku masuk kereta dan cabut la. Tapi dalam kejadian tu aku sempat ambil gambar dia dan kereta dia. Takut la jugak tetiba dia cari aku.

Tapi lepas call kakak2 aku n abg faris, diorang sarankan aku buat report. So, aku buat report dibalai polis wangsa maju dan kes aku dibawa ke balai polis trafik kat kl. Sarjan shukor kat balai polis trafik kl terpaksa tunggu aku dekat2 2jam gara2 aku menggigil lagi bawa kereta..sekarang ni setiap kali nak bawa kereta aku masih lagi rasa berdebar sekejap bila pegang stereng. Aku akan sentiasa berhati-hati..Semoga Allah melindungi aku dalam setiap yang berlaku..

Pandu cermat, ingatlah orang tersayang..

6 Julai 2011

Tempat kemalangan..masih ada kesan brek kereta dia..

Wednesday, June 1, 2011

Tak ada pasal cari pasal..



Allah, rasa dah lambat jer nak keluar. Tengok jam dah kul 9.50pagi. Sempat ke tak nak sampai times quare kul 11 ni? Kaknagah bagi guna kereta dia. Tapi aku dok gatai nak naik tren. Dalam fikiran rasa macam naik ktm ni lagi cepat..Last park la kereta kt ktm. Sekali, amik kauuuu!! Beribu umat manusia. Tunggu punya tunggu, pukul 10.45 baru dapat naik tren. Maafla eikin, hati terdetik. Lama gak tak naik tren ni. Berhimpit2 la. Bau minyak wangi pun sampai hilang. Macam-macam ragam manusia aku tengok. Lastly, around 11.30 arrived at kl sentral. Jalan punya la laju, dok kejar monorel pulak. Yang kelakarnya, nak g times square tapi aku boleh lupa nama station. Dalam ingat2 lupa, aku intai-intai la map. Oh, IMBI! Padahal selalu jer pergi, tapi naik kereta. Lawak la pasal ada sorang mamat dok sengih bila aku tengok map. Dalam hati "Apa tengok-tengok!saya memang orang kampung" hahaha..

Dah dapat naik monorel, sampai ke times square.. Maafla wahai temanku kerana lama menunggu.Lama tak jumpa so borak-borak la. Sharing is caring kn?heheh.. Cite pasal life masing2 la..Yang paling best bila eikin kata aku still the same person yang dia penah kenal dulu. Of coz la, be ur self. Kalau berubah pun myb nampak matang sikitla kot. Dah jadi cikgu kan..

Sempatlah aku beli kasut sekali. Kasut keje yang dah haus tapaknya kena la beli yang baru. Ni tandanya kuat berjalan, lagi-lagi hari2 naik turun tangga 4 tingkat.Adei... Nak dijadikan cite,hampir pukul 6 baru la nak balik. Sekali lagi kena berhadapan ribuan orang yang nak naik monorel n ktm.Bersabar jela..

Dalam tren, dahla sempit bersesak2 lagi. Perangai dulu berulang kembali. Suka la tengok reaksi orang. Sampai aku tengok ada baby yang menangis pasal panas n nak menyusu. Mak dia tak tahu dah nak buat apa.Iyela, dalam sesak2, mana baby nak tahan. Sebelah dia ada seorang perempuan India hulurkan tisu kat mak baby tu. Mak dia pun laplah peluh2 kat baby dia. Aku lak berdiri memang tak dapat nak tolong. Ada 2 per
empuan Cina pula layan baby tu. Bagi gula2 kat baby tu. Dia senyap la kejap. Pastu dia nangis balik. Ada seorang perempuan Melayu depan baby tu kipaskan pakai buku pulak. Dia pun senyap pastu tersengguk2 nak tidur. Orang dah ramai keluar setiap stesen. Baby tak nangis lagi. Baik betul orang Malaysia pasal baby n mak dia or
ang Indon.heheh..

Bila dah sampai kat umah, aku cite la kat mak pasal menyesal naik tren. Orang ramai sangat. Moral of the story, dah ada kete jgn ngada2 nak naik kemudahan awam. Bukan tak boleh tapi kena tengok keadaan. Dah lambat jumpa orang. I'm not h type of person. Lambat2 ni bukanlah aku. Be punctual la kalau dah janji dengan orang..I'm s
o sorry eikin.

Anyway, i'm so hepi to see u. Juz wanna remi
nd dat we'll be fren 4ever..Hope, u can be a good doctor. InsyaAllah, segala impian kita akan tercapai kalau kita sentiasa berusaha dan ingat pada Dia..Wassalam..



memori 1 Jun 2011

Sekian lama terpisah, akhirnya bertemu......:)

Monday, May 30, 2011

Cuti Sekolah Bermula...

Erm, baru 3 hari cuti..masih lagi terfikir-fikir nak buat aktiviti apa yang paling bermanfaat dan mendatangkan kebaikan. Buat masa ini, keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Kenalah berehat sementara waktu. Kalau tak memang lama dah tak lekat kat rumah. Bila fikir-fikir balik rindu rasanya nak pergi ke tempat-tempat yang dulunya menjadi tempat hilangkan stress dan kalau ada masalah. Tapi bila dah bekerja, selalu tak berkesempatan. Mampu berdoa dan menghadapi segala dugaan yang mendatang. InsyaAllah, minggu ini nak menghasilkan nukilan. Semoga Allah memberikan kekuatan dan keadaan kesihatan yang mengizin..Ameen.

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Sebuah Kehidupan

KISAH SEBUAH KEHIDUPAN

CINTA :


(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.


KASIH :


(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.


SAYANG :


(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.


HATI :


(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...


nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...


C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama

I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)

N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang

A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.


K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat

A-Akad dilafaz cinta berbunga

S-Suami disanjung-tinggi

I-Isteri disayangi

H-Harumlah kasih sepanjang zaman


S-Sayangkan Isteri kasihkan suami

A-Ada masalah, dibincangkan bersama

Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

A-Amalkan hidup bertoleransi

N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama

G-Gaduh sesekali tu perkara biasa


H-Hati suami mesti dijaga

A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh

T-Tanggung-jawab dipikul bersama

I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti


Begitulah kisah kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin..marilah sama-sama kita hayati dan jadikan panduan..

Wednesday, September 15, 2010

Fahamilah..segalanya..

Hidup ini susah kita nak duga
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu
Tapi sebenarnya jauh

Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia
Tapi belum tentu hati dia kita dapat selami

Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa
tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyuman dia

Bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuk dia
Walhal kehadiran kita langsung tak disenangi

Rencah dunia, kita takkan tahu siapa teman dan siapa lawan
sehinggalah sampai satu masa kita jatuh

Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau
kita akan ditinggalkan..

Related Posts with Thumbnails