;

Monday, March 26, 2012

Ku terima pinangan mu dengan Alhamdulillah~

Assalamualaikum..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Lama dah meninggal blog mawarmerah ni. Rasa rindu untuk meluahkan segala isi hati dan dengan apa yang telah berlaku. 


Alhamdulillah, paling utama sekarang bergelar anak, kakak, guru, tunang orang dan yang paling penting ialah sebagai hamba Allah yang taat kepadaNya. Sekian lama mendiamkan blog ni bukan bermaksud tiada khabar berita tetapi rutin harian yang sangat sibuk sampaikan masa berehat pun tak cukup, inikan pula nak update blog. Semoga Allah berikan kesempatan kali ini..


Ku terima pinangan mu dengan Alhamdulillah. Inilah kisahnya. Bermula dengan satu potong ayat yang diberikan oleh seorang sahabat semasa menuntut semester 1 di UPSI. Masih kekal dalam ingatan. Kata Y****, 
" Bacalah doa ini didalam hati semasa sujud yang terakhir dan pada masa yang sama membayangkan insan tersebut beserta namanya." Ya, doa untuk mendapat jodoh. Sahabat itu menceritakan kisahnya dan dijadikan ikhtibar. Andai dia memang jodoh kita, syukur pada Illahi..


Inilah doanya. Ayat 74, Surah Al-Furqan. Bertahun mengamalkannya.. Akhirnya, dia meminang diri ini. Semoga Allah memberkati. Berdoalah kepadaNya untuk mendapat pilihan yang terbaik dan sesuai dengan diri. Tidak salah untuk mencintai dan menyayanginya tapi biarlah cinta kepada Nya mengatasi segala-galanya. Biar pun 3 kali istikharah pernah dilaksanakan untuk tujuan ini, penunjuk itu memang benar. 


Sujud dan berdoa, terus berdoa. Itu senjata dan amalan yang mujarab.
~Yang baik itu datang dari Nya, yang buruk itu kelemahan diri dan masih boleh diperbaiki~



Friday, October 14, 2011

Sakit pale..huhu..

Dahla demam beberapa hari, sakit pale pon belum berkurangan..kalau g klinik pon doktor or ma akan ckp yg sama.."Awak ni migrain,nanti makan ubat yg saya bg". Yelah, sampai nak tercekik aku makan ponstan. Kalau paracetamol tu dah berpapan2.. Sakit perut aku ubat banyak sgt.PAnas tau perut ni.. Kalau lah..kalau lah..kalau lah aku orang kaya lama dah g hospital swasta. Buat medical checkup kt kepala aku. Mana tahan makan ubat setiap 4 jam. Orang bukan tau apa yg aku rasa. Buat-buat tak sakit padahal sakit sangat. Ya Allah, sesungguhnya Kau sedang menguji hambamu yg lemah ini..

Thursday, October 6, 2011

Aku kembali..

Alhamdulillah, masih berkesempatan..sempena exam pmr ni la nak menyiapkam kerja2 yg tak siap.lagi PEKA yg banyak nie.. Murid2 tak datang.bergilir2 ikut jadual So, ade masa utk mencoretkan sedikit luahan pd post arini.. Lagi plak br download app blogger kt iphone..so, semua dihujung jari.. InshaAllah, pasni leh update lah info2 terkini kalau tak bz.hehe..

Sunday, August 14, 2011

Aku menangis kerana dia...Isteri tersayang..



Isteri Tersayang..
Isyraf, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diminda.  Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Isyraf ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Isyraf sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Isyraf. Sahabat yang Isyraf anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Isyraf katakan, diantara bintang yang bergilapan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Isyaraf sibuk menyiapkan tugasan ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat . Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox message yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Isyaraf ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Isyraf,
Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Isyraf! 


Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Isyraf turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Isyraf,

Nasuha Alya Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Durham . Nasuha pelajar fakultiku. Nasuha tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Nasuha dengan merebut kembali cintanya, namun Nasuha cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang.
Cinta aku pada Nasuha teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Nasuha bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Nasuha juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 60 tahun.

Persoalan yang singgah ditengah-tengah minda Isyraf kian terjawab. Isyraf mula mengerti gejolak hati dia. Isyaraf mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Isyaraf  kian berganda bila Isyaraf terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.


Isyraf,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Nasuha mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Nasuha tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di negaranya dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Nasuha mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Nasuha tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Isyraf. Sabarnya tidak ada penghujung!

Isyraf,

Aku mula abaikan Nasuha. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Nasuha, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu, Isyaraf. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Nasuha tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Adib Fahmi, putera aku dan Farah. Nasuha sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.


Isyraf jadi bingung.
Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Isyraf kagumi.

Isyraf,

Hati Nasuha turut ku rebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Adib Fahmi. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Adib Fahmi, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Isyraf. Farah tinggalkan aku bersama-sama Adib Fahmi yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Isyraf?


Isyraf sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Isyraf, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Nasuha. Adib Fahmi perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Nasuha tika itu Isyraf, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Adib Fahmi. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Isyraf? Adib Fahmi lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Isyraf, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Adib Fahmi kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Adib Fahmi biasa membesar dari sumur Nasuha! Nasuha tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Isyraf. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Isyraf. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Nasuha. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Adib Fahmi membesar dengan kasih sayang Nasuha.

Isyraf seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Isyraf berombak menahan sebak.

Isyraf,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Adib Fahmi sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Nasuha tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Isyraf. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu.
Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Isyraf. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Nasuha mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Isyraf. Nasuha pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Isyraf. Nasuha menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Nasuha satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Nasuha sudah di peringkat kritikal. Nasuha perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Nasuha. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Nasuha tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Nasuha. Aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Nasuha terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Nasuha dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Isyraf. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Isyraf, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Nasuha menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Nasuha semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Nasuha sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Nasuha memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Nasuha tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Isyraf. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Nasuha yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Nasuha semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Nasuha pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Adib Fahmi walaupun dia bukan ibu kandung Adib Fahmi . Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Isyraf,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Nasuha akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Adib Fahmi tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Isyraf!

Azmi Iskandar,
23 January 2010. Malaysia .


Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Isyraf. Airmata Isyraf seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Isyraf juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit diri. Iskandar menyedarkan Isyraf. Isyraf tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama.
Isyraf bangun. Musfirah sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Isyraf menyiapkan tugasannya. Dia dikejutkan dari tidur oleh Isyraf. Musfirah, abang Sayangkan Musfirah! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Musfirah terpinga-pinga. Isyraf tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat. Isyraf mengucup dahi Musfirah.


TAMAT
-Dipetik dan diubahsuai daripada ahli Sahabat Interaktif-

Semoga menjadi tatapan dan panduan kepada saya dan para pengunjung blog ini. Ketahuilah isteri itu perlu disayangi dan wanita perlu dilindung. Perempuan itu datangnya dari tulang rusuk yang bengkok.
Wallahulam..


 .

Friday, August 12, 2011

Tutup 'URAT'..sakit ke?adei..


Jangan tersalah tafsir pula. Sebenarnya tutup aurat. Urat kita dah memang Allah swt tutup. Kalau nak tengok urat memang susah. Sepatutnya aurat juga begitu.  Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan para pelawat blog ini.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang
jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka ku ini,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati..

Comel nyer si dia ni..Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk berubah...:)

Sunday, July 24, 2011

Aku dan Semput

Macam sedap jer ABC ni.kalau makan, doktor gak susah..hehe..

Sejak akhir-akhir ni selalu jer kena semput. Cuaca yang tak menentu. Lagi-lagi kawasan apartment aku yang diatas bukit memanglah sejuk sangat. Susah betul nak bernafas. Sampai dengar bunyi nafas aku ni. Tu tandanya nak kena semput. Kena ambil langkah-langkah berjaga dan cara nak mengatasi. Orang selalu kata orang yang semput/asma ni tak pandai bernafas. Ntahla, aku dah cuba kawal pernafasan aku. Bukan aku tak cuba, tapi memang rasa tak cukup nafas.

Sekarang baru aku sedar, kenapalah bapak aku tu bising dan marah sangat kalau aku minum ais dan makan buah-buahan yang sejuk. Alahai, nak gak makan aiskrim. Bukan tak boleh makan, tapi mesti waktu panas dan bukan musim hujan. Kalau tak, buruk padahnya. Buah yang bagi kesan yang buruk kat aku ialah buah tembikai, rambutan dan durian. Pernah satu masa mula-mula aku kena asma disebabkan buah rambutan. Hampir 3 bulan aku tak berhenti batuk dan sesak nafas. Susah hati dibuatnya bapak aku. Kalau makan buah tembikai di siang hari, kesannya dimalam hari. Mula menyanyi nafas-nafas aku.haha..

Minggu lepas, aku pergi joging dengan apan, pakcik muda aku.haha..Sorry la bro.Aku memang dah lama tak joging.Memang lambat dan cepat penat. Akhirnya dia pon dengarlah 'wiz' aku. Aku sendiri tak leh control. Nasib baik tak semput kat situ, Kalau tak, mesti gelabah member tu.hee..
Aku sendiri kaji diri aku. Bila aktiviti bersukan memang aku cepat penat dan mula batuk. Tu tandanya dah nak mula semput. Orang disekeling aku pon mesti tak tahu nak buat apa.

Ada kawan-kawan yang disekeling aku pernah gak tanya nak buat apa kalau aku kena serangan semput ni? nak bawa g hospital or klinik? Aku tak pernah lagi masuk hospital sebab semput ni.hehe.. Kena tengok condition aku masa tu, kalau aku masih bagi respon bagi air panas yg nak jd suam. Kalau sejuk, kena pakai sweater dan stokin yang tebal on d spot! Dalam handbeg aku ada pil asma. InsyaAllah, kalau makan dalam setengah jam tu, aku ok la. Pastu kalau kat apartment aku tu ada ubat batuk yang dah bercampur dengan ubat asma. Sangat berkesan kalau aku makan masa batuk tengah semput. Ubat ni doktor klinik swasta yang bagi. Sebenarnya dah lama kena semput. So, aku dah buang inhaler. Konon-konon tak nak bergantung pada ubat. Kalau pergi klinik kerajaan, aku akan dapat ubat asma yang kesannya badan dan tangan aku shaking tak henti-henti dekat-dekat 3jam..Lama tu..

Lagi satu hal mengenai udara persekitaran. Harap maaflah, aku memang tak leh dekat dengan orang yang merokok. Kalau tak, memang aku 'gol' awal la. Adik-beradik perempuan aku semua ada semput. Masing-masing ada inisiatif dan cara nak menangani semput ni.

HARAP MAKLUMLAH PASAL ENTRI AKU NI. aku pun nak hidup macam orang lain..:)

Wednesday, July 6, 2011

Langgar kebal..kemik sikit jer.


Hari ni genap 2 weeks dari tarikh aku kemalangan. 21.6.2011.. Masih segar lagi diingatan. Tak boleh membayangkan kalau kemalangan tu teruk macam aku tengok didada akhbar. Auzubillahiminzaliq. Jalan genting klang pukul 9.1

5pagi. Masa tu aku dalam perjalanan nak pergi ke PPD Keramat. Nak tukarkan sekolah adik aku. Jadi, banyak urusan kena aku buat. Nak dijadikan cerita selepas corner, dalam 500m ada sebuah bus dihadapan aku. Bas tu tak bergerak, aku sempat salin PHT 78*8. Aku pon bagi signal ke kanan, nak masuk lorong. Perlahan-lahan tunggu satu kereta lepas. Tak sempat lagi masuk, Paaanggggggggggg!!!! Kereta aku kena langgar dr belakang. Kepala aku terhantuk kt stereng dan kebelakang. Pening2 lalat masa tu n kereta aku bergerak kedepan sendiri dan aku sempat pusing stereng ke bahu jalan.. Istiqfar masa tu. Masih

ingat pada Allah. Badan pun menggigil. Aku tak keluar kereta.

Sekali seorang laki berbadan besar pun ketuk la cermin tingkap aku.. “Kak, camne ni? Adei kak, nape bawa slow td?” Dengan bismillah dan kepala yg pening2 aku pon melangkah keluar. Aku tengok kereta aku dulu. Wah, hebat! Kemik sikit jer si kebal aku ni. Sekali tengok kereta dia, kemik teruk bahagian depan dan siap nak tercabut. Lampu kereta dia pun dah retak. Kalau aku karate mesti pecah. “Alahai, camni ni? Bukan salah saya.” Aku cakap camtu kat dia. Takot2 berani pasal bdn dia besar, kang sekali dia sepak aku, kemik plak pipi aku..;p Aku memang cepat gelabah sikit. Dia membebel kat situ, aku pun call angah d

an alang aku la. Yang angah kata pergi balai jer. Tapi kat alang aku boleh plak nak nangis. Alang aku boleh plak cakap, “ yang ko nangis nape, ko kan cikgu. Ko kan garang. Pergi cakap kat dia, dia yang salah langgar ko. Dia tak g balai, ko g jer sorang2” Menyirap darah aku bila alang kata aku cikgu garang. OK, FINE!

“Sekarang mcm mane? Awak bw kete slow n teragak2 nak masuk lorong kanan. Sy dari jauh dah brek emergency tau x?” mamat tu bercakap lagi. “

Yang encik bawa kete laju sgt nape? Kalau encik tak bawa laju, mesti encik sempat brek dan tak langgar kereta sy. Encik nak suruh byr ganti rugi ke? Ni salah encik pasal encik langgar kereta sy dr belakang. Tengok kesan tayar encik tu, panjang kan? Tu tandanya encik bawa laju n hentam kereta sy.” Aku plak panjang lebar ckp kat dia. “ kalau g balai pon sy yang kena.bukan awk yg kena psl polis mesti salahkan sy.” Dia ckp lg.. “okla, kalau encik tak nak g balai, sy g sendiri.” Aku buat keputusan sendiri.. “Jap2, kita settle kat sini jela. Awak boleh janji tak buat report?” Dia tanya soalan yg menjerut diri dia. Aku menghampiri kereta aku psl jari dia dah menghala kat aku. Ni macam mengugut jer ni. “

ok, kita settle kat sini. Sy tak buat report.” Aku masuk kereta dan cabut la. Tapi dalam kejadian tu aku sempat ambil gambar dia dan kereta dia. Takut la jugak tetiba dia cari aku.

Tapi lepas call kakak2 aku n abg faris, diorang sarankan aku buat report. So, aku buat report dibalai polis wangsa maju dan kes aku dibawa ke balai polis trafik kat kl. Sarjan shukor kat balai polis trafik kl terpaksa tunggu aku dekat2 2jam gara2 aku menggigil lagi bawa kereta..sekarang ni setiap kali nak bawa kereta aku masih lagi rasa berdebar sekejap bila pegang stereng. Aku akan sentiasa berhati-hati..Semoga Allah melindungi aku dalam setiap yang berlaku..

Pandu cermat, ingatlah orang tersayang..

6 Julai 2011

Tempat kemalangan..masih ada kesan brek kereta dia..

Related Posts with Thumbnails