Monday, May 30, 2011
Cuti Sekolah Bermula...
Tuesday, March 15, 2011
Kisah Sebuah Kehidupan
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
nak buat macam mana?
tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Begitulah kisah kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin..marilah sama-sama kita hayati dan jadikan panduan..
Wednesday, September 15, 2010
Fahamilah..segalanya..
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu
Tapi sebenarnya jauh
Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia
Tapi belum tentu hati dia kita dapat selami
Mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa
tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyuman dia
Bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuk dia
Walhal kehadiran kita langsung tak disenangi
Rencah dunia, kita takkan tahu siapa teman dan siapa lawan
sehinggalah sampai satu masa kita jatuh
Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau
kita akan ditinggalkan..

Monday, August 30, 2010
Catatan Ramadhan

Yang Pertama
Pada siang hari, aku akan mencari kayu dihutan bersebelahan rumah. Eh, cari kayu buat apa ek? Hee..macam perangai budak laki kata abah. Cari kayu pasal nak pacak tiang untuk pelita la. Aku bukan berseorang tapi ditemani adik perempuanku. Pada ketika itu aku hanya mempunyai seorang adik tapi tidak kini. Kami berdua akan ke kedai untuk membeli minyak tanah dan pelita. Lepas itu, menyelongkar perkakas pertukangan abah sebab nak dapatkan paku dan tukul. Memang nakal sangat ketika itu. Belum lagi kes curi joran abah pasal nak pergi memancing dekat sungai belakang rumah.Al-maklumla, aku budak kampung. Belum bergelar gadis kampung.hee..Selepas itu, aku pacakkan semua tiang pelita dikeliling rumah. Kira-kira 10 buah pelita paling maksimum.
Malamnya, selepas beriftar aku akan solat maghrib secepat mungkin. Nak tahu kenapa?hee.. Nak pasang pelita la. Masa itu takut-takut berani keluar rumah. Tapi pelita punya pasal, hilang rasa takut. Mak dan abah tak dapat halang. Memang nakal anak perempuan yang sorang ni. Macam budak laki. Begitulah rutin aku dalam malam-malam terakhir Ramadhan.
Yang kedua
Solat tarawikh punya cerita. Aku akan pergi ke masjid dengan abah. Pergi berdua saja masa itu. Maklumlah abah hanya ada sebuah motor honda yang menjadi kenderaan utama keluarga kami. Pasal tiap-tiap malam aku saja yang nak ikut abah, jadi adik-beradik lain tak dapat ikut. Mungkin juga abah bawa aku pasal aku nakal. Takut-takut kalau aku tak dibawa ke masjid, aku tak pulak solat tarawikh di rumah. Eh, aku baik tau.hehe.. Aku masih ingat lagi, semasa tunggu abah keluar dari masjid aku diperhatikan oleh budak-budak laki kampung. Bila abah sampai je, aku naik motor dengan abah. Sorang dari mereka berteriak "Pakcik, cantiklah yang atas motor tu". Abah pun patah balik dan jumpa dengan mereka, "Owh, cantik yer.Sape yang cakap tadi? Kang pakcik bagi parang nak tak?". Aku tutup muka dengan tangan. Takut pasal abah memang garang. Tambahan lagi, pada masa itu adik-beradik aku semua perempuan. Abah pantang betul kalau 5 puterinya dikacau atau diusik oleh mana-mana budak laki. Siaplah korang..haha..
Aku pernah juga mengikut makcik dan nenek sedara ke masjid jikalau abah bekerja malam. Jadi, aku akan berjalan kaki lebih kurang 15min. Semangat nak bersolat punya pasal. Paling mengembirakan aku apabila dihadiah telekung oleh seorang nenek di masjid. Katanya tiap-tiap malam dia nampak muka aku. Rajin la kononnya.hihi..Jadi, dia berniat menghadiahkan telekung buat aku. Alhamdulillah..Itu belum lagi kisah selipar aku putus masa balik dari masjid. Adoi, punyalah sangat kaki kena berkaki ayam. Sedih-sedih..
Yang ketiga
Malam 27 lekor. Bukan keropok lekor tau. Pada masa itu, jahil betul aku ni. Yang aku percaya malam itu ialah malam yang diraikan. Konon-konon malam yang boleh bersukaria. Fahaman mana la aku ikut. Ish3.. Pada zaman tu boleh main mercun dan bunga api. Abah pula melayan kerenah aku. Apalagi dapatlah main bunga api lepas balik tarawikh. Seronokla plak bila ingat balik zaman masa aku kecil. Sebenarnya mak dah beritahu yang malam-malam ganjil terdapat satu malam pengampunan. Itulah Lailatul Qadar. Aku tidak memahaminya. Apa yang aku, mak dan nenek sedara pesan lepas solat minta ampun dari Allah. Khilafnya hamba Allah yang kerdil ini.
Yang keempat
Buat kuih raya. Ha, aku diantara penyebuk kalau mak buat kuih. Ada saja aku nak tolong. Pastu main-main dengan adik aku. Kalau adunan tepung tu, boleh pula kami cubit sikit dan main baling-baling.Nakal betul. Anak siapa ni.hihi..Mak tak pernah marah. Itu yang best. Tapi kalau abah datang dapur, siaplah kami berdua.Jangan cari pasal.haha..
Lepas tu, aku selalu ambil tender cuci tingkap. Penat betul rasa cuci tingkap masa tengah puasa. Asal lepas cuci tingkap, mesti aku rasa nak buka puasa. Tekak rasa haus.hehe..Mak pandai pujuk,mak kata lagi berapa jam je nak berbuka.Kena sabar sikit. Oh, baikla..aku tidur kerana menunggu waktu berbuka.
Alhamdulillah, selepas 5 tahun tidak berpuasa bersama keluarga, akhirnya tahun ini aku berpuasa di rumah bersama keluarga tercinta. Aku memang merindui saat ini. Kini aku ke masjid bersama emak dan dua orang adik lelaki ku.Abah sudah tidak larat untuk menunaikan solat tarawikh. Abah mengidap pelbagai sakit. Kakak-kakak sudah bekerja dan duduk berasingan. Adik perempuan ku pula berada di seberang laut. Dulu ke masjid dengan menaiki motor bersama abah ataupun berjalan kaki tapi sekarang aku sendiri memandu kereta membawa mak dan adik-adik ku. Aku ingin adik-adik lelaki ku menikmati zaman kanak-kanak mereka sama seperti aku. Tapi keadaan sudah berubah.
Dulu aku ke masjid sebagai budak kampung yang kecil, sekarang sebagai gadis kampung. Berbeza sudah gelaran itu. Tiada lagi istilah malam 27 lekor buat aku. Itu semua kenangan. Lailatul Qadar lah yang aku cari. Meminta keampunan segala dosa yang telah aku lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ya Allah, Hamba yang lemah ini sering melakukan kesilapan. Bab kuih raya pula, sejak 2 tahun yang lepas aku hanya akan membuat kuih almond london. Itu saja yang mampu aku buat. Yang lain semua buat kat kedai.haha..
Malam ini bermula kemuncak Ramadhan. Malam yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman. Bangun dimalam hari untuk mencari Lailatul Qadar. Begitu juga dengan aku. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada hambaNya.Ameen..
Tapi aku juga terfikir mengenani masa hadapan.
Adakah pada masa akan datang aku akan ke masjid bersama orang lain?
Ataupun adakah ada kesempatan untuk memperoleh Ramadhan pada tahun hadapan bersama keluarga? Semoga Allah swt masih memberikan kesempatan itu buat aku dan muslimin muslimat.
Monday, August 9, 2010
Kembali Setelah Lama Menyepi..
Mungkin sempena menyambut Ramadhan ini, aku akan kembali aktif seperti tahun2 yg lalu.Semoga Allah permudahkan segala urusan...
Monday, April 26, 2010
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpaMu
aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir Allah aku lemah
dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
Sunday, April 18, 2010
aku menangis
Semakin byk dugaan sehingga aku sujud dengan linangan airmata.
Siapakah yg mampu mengesat airmataku ini Ya Allah..
Aku menangis..
Ya Allah, sesungguhnya aku masih lemah..
Bagaimana harus aku dapatkan kekuatan..
Airmata ini mengharapkan petunjuk dariMu..
Aku akan terus menangis..
Ya Allah, dikala ini masih ada lagi ruang-ruang utk aku mengadu..
Kenapakah dugaan berat ini harus aku tempuhi..
Aku tahu betapa Engkau ingin menduga aku..
Aku akan terus menangis lagi..

