Friday, October 14, 2011
Sakit pale..huhu..
Thursday, October 6, 2011
Aku kembali..
Sunday, August 14, 2011
Aku menangis kerana dia...Isteri tersayang..
Isyraf, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diminda. Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Isyraf ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Isyraf sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Isyraf. Sahabat yang Isyraf anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Isyraf katakan, diantara bintang yang bergilapan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Isyaraf sibuk menyiapkan tugasan ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat . Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox message yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Isyaraf ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.
Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Isyraf!
Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Isyraf turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.
Nasuha Alya Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Durham . Nasuha pelajar fakultiku. Nasuha tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Nasuha dengan merebut kembali cintanya, namun Nasuha cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.
Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Nasuha teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Nasuha bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Nasuha juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 60 tahun.
Persoalan yang singgah ditengah-tengah minda Isyraf kian terjawab. Isyraf mula mengerti gejolak hati dia. Isyaraf mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Isyaraf kian berganda bila Isyaraf terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.
Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Nasuha mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Nasuha tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di negaranya dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Nasuha mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Nasuha tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Isyraf. Sabarnya tidak ada penghujung!
Isyraf,
Aku mula abaikan Nasuha. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Nasuha, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu, Isyaraf. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Nasuha tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Adib Fahmi, putera aku dan Farah. Nasuha sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.
Isyraf jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Isyraf kagumi.
Isyraf,
Hati Nasuha turut ku rebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Adib Fahmi. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Adib Fahmi, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Isyraf. Farah tinggalkan aku bersama-sama Adib Fahmi yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Isyraf?
Isyraf sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.
Isyraf, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Nasuha. Adib Fahmi perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Nasuha tika itu Isyraf, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Adib Fahmi. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Isyraf? Adib Fahmi lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Isyraf, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Adib Fahmi kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Adib Fahmi biasa membesar dari sumur Nasuha! Nasuha tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Isyraf. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Isyraf. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Nasuha. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Adib Fahmi membesar dengan kasih sayang Nasuha.
Isyraf seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Isyraf berombak menahan sebak.
Isyraf,
Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Adib Fahmi sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Nasuha tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Isyraf. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Isyraf. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.
Satu hari, Nasuha mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Isyraf. Nasuha pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Isyraf. Nasuha menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?
Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Nasuha satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Nasuha sudah di peringkat kritikal. Nasuha perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Nasuha. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Nasuha tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Nasuha. Aku sungguh kejam.
Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Nasuha terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Nasuha dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Isyraf. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Isyraf, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Nasuha menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Nasuha semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Nasuha sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Nasuha memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.
Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Nasuha tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Isyraf. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Nasuha yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Nasuha semakin lemah.
Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Nasuha pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Adib Fahmi walaupun dia bukan ibu kandung Adib Fahmi . Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.
Isyraf,
Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Nasuha akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Adib Fahmi tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Isyraf!
Azmi Iskandar,
23 January 2010. Malaysia .
Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Isyraf. Airmata Isyraf seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Isyraf juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit diri. Iskandar menyedarkan Isyraf. Isyraf tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama.
Friday, August 12, 2011
Tutup 'URAT'..sakit ke?adei..
Sunday, July 24, 2011
Aku dan Semput
Wednesday, July 6, 2011
Langgar kebal..kemik sikit jer.
Hari ni genap 2 weeks dari tarikh aku kemalangan. 21.6.2011.. Masih segar lagi diingatan. Tak boleh membayangkan kalau kemalangan tu teruk macam aku tengok didada akhbar. Auzubillahiminzaliq. Jalan genting klang pukul 9.1
5pagi. Masa tu aku dalam perjalanan nak pergi ke PPD Keramat. Nak tukarkan sekolah adik aku. Jadi, banyak urusan kena aku buat. Nak dijadikan cerita selepas corner, dalam 500m ada sebuah bus dihadapan aku. Bas tu tak bergerak, aku sempat salin PHT 78*8. Aku pon bagi signal ke kanan, nak masuk lorong. Perlahan-lahan tunggu satu kereta lepas. Tak sempat lagi masuk, Paaanggggggggggg!!!! Kereta aku kena langgar dr belakang. Kepala aku terhantuk kt stereng dan kebelakang. Pening2 lalat masa tu n kereta aku bergerak kedepan sendiri dan aku sempat pusing stereng ke bahu jalan.. Istiqfar masa tu. Masih
ingat pada Allah. Badan pun menggigil. Aku tak keluar kereta.
Sekali seorang laki berbadan besar pun ketuk la cermin tingkap aku.. “Kak, camne ni? Adei kak, nape bawa slow td?” Dengan bismillah dan kepala yg pening2 aku pon melangkah keluar. Aku tengok kereta aku dulu. Wah, hebat! Kemik sikit jer si kebal aku ni. Sekali tengok kereta dia, kemik teruk bahagian depan dan siap nak tercabut. Lampu kereta dia pun dah retak. Kalau aku karate mesti pecah. “Alahai, camni ni? Bukan salah saya.” Aku cakap camtu kat dia. Takot2 berani pasal bdn dia besar, kang sekali dia sepak aku, kemik plak pipi aku..;p Aku memang cepat gelabah sikit. Dia membebel kat situ, aku pun call angah d
an alang aku la. Yang angah kata pergi balai jer. Tapi kat alang aku boleh plak nak nangis. Alang aku boleh plak cakap, “ yang ko nangis nape, ko kan cikgu. Ko kan garang. Pergi cakap kat dia, dia yang salah langgar ko. Dia tak g balai, ko g jer sorang2” Menyirap darah aku bila alang kata aku cikgu garang. OK, FINE!
“Sekarang mcm mane? Awak bw kete slow n teragak2 nak masuk lorong kanan. Sy dari jauh dah brek emergency tau x?” mamat tu bercakap lagi. “
Yang encik bawa kete laju sgt nape? Kalau encik tak bawa laju, mesti encik sempat brek dan tak langgar kereta sy. Encik nak suruh byr ganti rugi ke? Ni salah encik pasal encik langgar kereta sy dr belakang. Tengok kesan tayar encik tu, panjang kan? Tu tandanya encik bawa laju n hentam kereta sy.” Aku plak panjang lebar ckp kat dia. “ kalau g balai pon sy yang kena.bukan awk yg kena psl polis mesti salahkan sy.” Dia ckp lg.. “okla, kalau encik tak nak g balai, sy g sendiri.” Aku buat keputusan sendiri.. “Jap2, kita settle kat sini jela. Awak boleh janji tak buat report?” Dia tanya soalan yg menjerut diri dia. Aku menghampiri kereta aku psl jari dia dah menghala kat aku. Ni macam mengugut jer ni. “
ok, kita settle kat sini. Sy tak buat report.” Aku masuk kereta dan cabut la. Tapi dalam kejadian tu aku sempat ambil gambar dia dan kereta dia. Takut la jugak tetiba dia cari aku.
Tapi lepas call kakak2 aku n abg faris, diorang sarankan aku buat report. So, aku buat report dibalai polis wangsa maju dan kes aku dibawa ke balai polis trafik kat kl. Sarjan shukor kat balai polis trafik kl terpaksa tunggu aku dekat2 2jam gara2 aku menggigil lagi bawa kereta..sekarang ni setiap kali nak bawa kereta aku masih lagi rasa berdebar sekejap bila pegang stereng. Aku akan sentiasa berhati-hati..Semoga Allah melindungi aku dalam setiap yang berlaku..
Pandu cermat, ingatlah orang tersayang..
6 Julai 2011
Tempat kemalangan..masih ada kesan brek kereta dia..
Wednesday, June 1, 2011
Tak ada pasal cari pasal..
Monday, May 30, 2011
Cuti Sekolah Bermula...
Tuesday, March 15, 2011
Kisah Sebuah Kehidupan
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
nak buat macam mana?
tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Begitulah kisah kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin..marilah sama-sama kita hayati dan jadikan panduan..