;

Friday, August 28, 2009

Kisah 4 Orang Isteri

Aduhai 4 orang Isteriku..
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.



Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”


MORAL OF THE STORY...

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ayat-ayat suci Mu penyembuh hati bagiku..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

Subhanallah..Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Aku menyambut 1 Ramadhan dengan hati yang tabah dan tawadhuk. 30 Syaaban, abah telah menjalani satu pembedahan yang tidak berapa serius. Tapi aku merasa sayu dan pilu kerana Rmadhan kali ini, abah tidak sihat seperti dulu. Itu dugaan Allah buat aku. Hanya doa seorang anak yang mampu aku lakukan dari jauh. Hati mana yang tak sedih dikala mendengar suara seorang ayah yang sedang sakit hanya ditelefon. Kuatkan hati agar titisan-titisan itu tidak jatuh. Begitu juga seorang isteri yang juga bergelar ibu menahan mutiara dari kelopak dari jatuh ketika bersama suaminya berjuang menghadapi dugaan Allah swt. Rindunya aku pada mereka, bonda dan ayahanda tercinta. Apakan daya masih banyak tugas-tugas dan tanggungjawab belum diselesaikan di kampus.

Ramadhan kali ini memang menguji diriku. Aku masih bersyukur kerana Allah itu Maha Penyayang. Aku masih mempunyai keluarga yang saling sayang-menyayangi. Allah sedang menguji keluarga kami. Harus hadapi dengan tenang. Gelak tawa mak, kakak-kakak dan adik-adik masih lagi kedengaran ditelinga aku bagi mengurangkan kerisauan kami sekeluarga. Insan-insan yang tersayang dalam hidup ini bagaikan sinaran yang menerangi laluan kehidupan. Pahit yang ku rasa, madu dia berikan. Begitu pengubat bagi hati yang resah.




Catatan malam 5 Ramadhan 1430 Hijrah..


Saturday, August 8, 2009

Kasih Seorang Suami


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang berat ini. Permudahkan segala urusanku dimuka bumi-Mu ini. Lindungi keluargaku Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku. Aku mengakui kesalahan dan kesilapan diri ini..Amin ya rabbalalamin..Doa Hafiz Yahya mengadap Illahi.

*********************************************************************************************

“ Awak tak kisah ke menikah dengan saya ni? Maklumlah, saya ni dah tua dan duda pula” kata Yahya kepada Kamsiah. Yahya tepat memandang Kamsiah. “Saya pun dah berusia juga. Saya tak ada siapa-siapa dalam hidup ni. Arwah suami saya pun sudah lama meninggalkan saya. Bagaimana anak-anak awak?” Kamsiah mahukan kepastian daripada Yahya.

“Saya tak setuju kalau ayah menikah lagi! Kami ni masih boleh menjaga ayah kalau sesuatu terjadi kat ayah!” begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh anak kelima Yahya, Aziah. “ Saya tak kisah, kalau ayah nak menikah lagi, tapi kalau ayah sakit ataupun apa-apa terjadi pada ayah, saya nak makcik yang ambil tahu. Jangan beritahu saya apa-apa. Saya pegang janji saya” sambung Zubaidah , anak keempat Yahya. Hafiz bangun dari tempat duduknya dan berkata, “Jangan lupa yang kami masih anak ayah. Saya ikut je kehendak ayah sekarang tapi izinkan saya meminta maaf sebagai anak sulong ayah yang kami kurang bersetuju dengan keputusan ayah untuk menikah lagi”.

“ Ayah tetap akan menikah dengan Makcik Kamsiah. Ayah tahu kamu semua sudah berkeluarga dan akan berkeluarga. Ada masa ke kamu nak tengok ayah? Nak jaga makan minum ayah, kalau ayah sakit sekurang-kurangnya makcik kamu ada untuk jaga ayah. Ayah akan menikah juga” kata Yahya dengan tegas. Nampaknya ada seorang anaknya yang bersetuju dengan pendapat Yahya. “Eh, biarlah ayah menikah dengan makcik. Betul apa yang ayah cakap tu” Suhaila, anak kedua Yahya.

“Ok kakngah. Kita tengok nanti siapa yang akan jaga ayah kalau apa-apa terjadi kat dia. Baru orang tua tu tau. Siapa yang lebih penting dalam hidup dia!” Pang!!! Tangan Yahya hinggap dipipi anak keempat Yahya. Zubaidah terus lari kuar dari rumah. Hafiz hanya menggelengkan kepala. Aziah, Maziah, Suhaila, Hamid dan Aminah hanya diam membisu.

*********************************************************************************************

”Abang, ni air saya dah buat. Menung apa tu?” Hanisah menghulurkan air milo yang dibuat untuk suaminya, Hafiz. Hanisahlah insan yang sentiasa berada disisi Hafiz dikala susah dan senang. Madu dan racun sudah Hanisah rasa bersama Hafiz. Dia tekun menghadapi ujian Allah swt bersama suaminya. “ Abang tak menung la Hani”. Kejadian 23 tahun masih segar diingatan Hafiz. Ayahnya bergaduh dengan adik-beradiknya kerana hanya mahu menikah. “ Hani, apalah salah ayah kan. Sampai macam begini makcik buat kat ayah. Abang pun terfikir yang ayah terlalu ikut cakap Makcik Kamsiah”. Hafiz menyambung, “Ayah langsung tak ingat kat adik-adik abang dan nama makcik Kamsiah je yang lekat kat mulut dia. Ntah apa makcik Kamsiah bagi kat dia”. “Ish, kenapalah abang fikir macam tu. Tapi kadang-kadang tu Hani pun ada terfikir. Maklumlah, orang dulu-dulu macam-macam dia buat supaya suami sayang kat dia”. Hani mamberi pendapat.

“Dahla Hani, tak baik kita fitnah Makcik Kamsiah” Hafiz mengingatkan Hanisah dan dirinya. “Kamsiah oh Kamsiah, aku lapar ni. Kau dah masak ke? Asyik merayap jer” kedengaran suara Yahya dari dalam rumah. Hafiz dan Hanisah yang berada diruang rehat diluar rumah hanya menggelengkan kepala. Yahya merupakan ayah mertua kepada Hanisah . Sejak setahun yang lepas, Yahya tinggal bersama mereka sekeluarga. Yahya sudah hilang ingatan. Bukan nyanyok tapi suka meracau,bercakap benda-benda yang lepas dan suka marah-marah tak tentu pasal. Hanisah pula dianggap sebagai Kamsiah. Gelisah dibuatnya bila Yahya sentiasa mengikut kemana sahaja. Sampai nak buat kerja rumah dan memasak pun Hanisah terpaksa menyorok-nyorok. Itulah yang dihadapi Hanisah setiap hari. Hafiz sudah memahaminya. Kehadiran ayahnya dirumah membuatkan Hafiz pening kepala memandangkan Hafiz sendiri mempunyai pelbagai penyakit yang perlu dihadapi. Allah sedang menguji keluarga Hafiz.

Yahya masih terjerit-jerit dalam rumah memanggil Kamsiah, isterinya. “Kamsiah, Kamsiah..Mana kau ni. Aku panggil tapi tak datang juga. Tangan dan kaki aku sakit ni” begitu lah setiap hari Yahya bercakap tak berhenti-henti. Tapi hanya nama Kamsiah sahaja dibibirnya. Mak tiri Hafiz iaitu Kamsiah sudah membuang ayahnya. Kamsiah sudah tidak mahu menjaga Yahya lagi. Dia sendiri berkata bahawa Yahya sudah gila dan tidak waras. Dia menyuruh orang untuk menghantar Yahya ke rumah Hafiz. Dengan tenang Hafiz menerima ayahnya. Setelah berpuluh-puluh ribu duit Yahya dihabiskan hasil daripada Yahya menjual tanah pusakanya. Tidak sedikit pun Yahya memberikan duit itu kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Semua duit itu dimasukkan ke dalam akaun bank Kamsiah. Betapa sayangnya Yahya pada Kamsiah. Kasih sayang hanya untuk Kamsiah, orang minangkabau yang masih mengamalkan adat pepatih. Itulah adatnya, semua harta milik perempuan.

NUKILAN, MAR MAWAR MERAH…. Nantikan sambungnya…kasih seorang suami 2..

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

GAMBAR HIASAN


"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu
daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib) Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)



Sujudlah memohon kemaafan dari-Nya atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dengan penuh keinsafan..Semoga Allah menerima taubat hamba-Nya..


Sunday, August 2, 2009

KENAPA AKU DIUJI?


KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta

(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’

(Surah AL-BAQARAH ayat 216)

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya

(Surah AL-BAQARAH ayat 286)

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman

(Surah AL-IMRAN ayat 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah( be fearfull of ALLAH The Almighty)kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

(Surah AL-BAQARAH ayat 45)

KITA BERTANYA: APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?

(Surah AL-TAUBAH ayat 111)

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”

(Surah AL-TAUBAH ayat 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!

QURAN MENJAWAB

“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”

(Surah YUSUF ayat 12)


Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada hati ini untuk meneruskan dalam menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang...Sesungguhnya dugaan itu adalah tarbiyah dari Allah swt..

~mar mawar merah~

Related Posts with Thumbnails