;

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ayat-ayat suci Mu penyembuh hati bagiku..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

Subhanallah..Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Aku menyambut 1 Ramadhan dengan hati yang tabah dan tawadhuk. 30 Syaaban, abah telah menjalani satu pembedahan yang tidak berapa serius. Tapi aku merasa sayu dan pilu kerana Rmadhan kali ini, abah tidak sihat seperti dulu. Itu dugaan Allah buat aku. Hanya doa seorang anak yang mampu aku lakukan dari jauh. Hati mana yang tak sedih dikala mendengar suara seorang ayah yang sedang sakit hanya ditelefon. Kuatkan hati agar titisan-titisan itu tidak jatuh. Begitu juga seorang isteri yang juga bergelar ibu menahan mutiara dari kelopak dari jatuh ketika bersama suaminya berjuang menghadapi dugaan Allah swt. Rindunya aku pada mereka, bonda dan ayahanda tercinta. Apakan daya masih banyak tugas-tugas dan tanggungjawab belum diselesaikan di kampus.

Ramadhan kali ini memang menguji diriku. Aku masih bersyukur kerana Allah itu Maha Penyayang. Aku masih mempunyai keluarga yang saling sayang-menyayangi. Allah sedang menguji keluarga kami. Harus hadapi dengan tenang. Gelak tawa mak, kakak-kakak dan adik-adik masih lagi kedengaran ditelinga aku bagi mengurangkan kerisauan kami sekeluarga. Insan-insan yang tersayang dalam hidup ini bagaikan sinaran yang menerangi laluan kehidupan. Pahit yang ku rasa, madu dia berikan. Begitu pengubat bagi hati yang resah.




Catatan malam 5 Ramadhan 1430 Hijrah..


2 comments:

  1. Salam..

    Buat yam..mge diberi ketabahan dan kekuatan agar mampu menempuh segala ujian dan dugaan yang tiba..ko jgn sedey2..ak doakan abah ko cpt sembuh dan sihat..ak ad dcni utk berkongsi sgle phit mnis bersame...mis u.

    ~ Ya ALLAH..Permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu, jadikan debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhoMU, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMU, terimalah airmatanya sebagi penyejuk kemurkaanMu, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMu ~

    ReplyDelete
  2. syukran ayu..hatiku ini mudah sayu dgn dugaan ALLAH..smoga doamu itu dimakbul-Nya..ameen..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails