;

Saturday, August 8, 2009

Kasih Seorang Suami


Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang berat ini. Permudahkan segala urusanku dimuka bumi-Mu ini. Lindungi keluargaku Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku. Aku mengakui kesalahan dan kesilapan diri ini..Amin ya rabbalalamin..Doa Hafiz Yahya mengadap Illahi.

*********************************************************************************************

“ Awak tak kisah ke menikah dengan saya ni? Maklumlah, saya ni dah tua dan duda pula” kata Yahya kepada Kamsiah. Yahya tepat memandang Kamsiah. “Saya pun dah berusia juga. Saya tak ada siapa-siapa dalam hidup ni. Arwah suami saya pun sudah lama meninggalkan saya. Bagaimana anak-anak awak?” Kamsiah mahukan kepastian daripada Yahya.

“Saya tak setuju kalau ayah menikah lagi! Kami ni masih boleh menjaga ayah kalau sesuatu terjadi kat ayah!” begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh anak kelima Yahya, Aziah. “ Saya tak kisah, kalau ayah nak menikah lagi, tapi kalau ayah sakit ataupun apa-apa terjadi pada ayah, saya nak makcik yang ambil tahu. Jangan beritahu saya apa-apa. Saya pegang janji saya” sambung Zubaidah , anak keempat Yahya. Hafiz bangun dari tempat duduknya dan berkata, “Jangan lupa yang kami masih anak ayah. Saya ikut je kehendak ayah sekarang tapi izinkan saya meminta maaf sebagai anak sulong ayah yang kami kurang bersetuju dengan keputusan ayah untuk menikah lagi”.

“ Ayah tetap akan menikah dengan Makcik Kamsiah. Ayah tahu kamu semua sudah berkeluarga dan akan berkeluarga. Ada masa ke kamu nak tengok ayah? Nak jaga makan minum ayah, kalau ayah sakit sekurang-kurangnya makcik kamu ada untuk jaga ayah. Ayah akan menikah juga” kata Yahya dengan tegas. Nampaknya ada seorang anaknya yang bersetuju dengan pendapat Yahya. “Eh, biarlah ayah menikah dengan makcik. Betul apa yang ayah cakap tu” Suhaila, anak kedua Yahya.

“Ok kakngah. Kita tengok nanti siapa yang akan jaga ayah kalau apa-apa terjadi kat dia. Baru orang tua tu tau. Siapa yang lebih penting dalam hidup dia!” Pang!!! Tangan Yahya hinggap dipipi anak keempat Yahya. Zubaidah terus lari kuar dari rumah. Hafiz hanya menggelengkan kepala. Aziah, Maziah, Suhaila, Hamid dan Aminah hanya diam membisu.

*********************************************************************************************

”Abang, ni air saya dah buat. Menung apa tu?” Hanisah menghulurkan air milo yang dibuat untuk suaminya, Hafiz. Hanisahlah insan yang sentiasa berada disisi Hafiz dikala susah dan senang. Madu dan racun sudah Hanisah rasa bersama Hafiz. Dia tekun menghadapi ujian Allah swt bersama suaminya. “ Abang tak menung la Hani”. Kejadian 23 tahun masih segar diingatan Hafiz. Ayahnya bergaduh dengan adik-beradiknya kerana hanya mahu menikah. “ Hani, apalah salah ayah kan. Sampai macam begini makcik buat kat ayah. Abang pun terfikir yang ayah terlalu ikut cakap Makcik Kamsiah”. Hafiz menyambung, “Ayah langsung tak ingat kat adik-adik abang dan nama makcik Kamsiah je yang lekat kat mulut dia. Ntah apa makcik Kamsiah bagi kat dia”. “Ish, kenapalah abang fikir macam tu. Tapi kadang-kadang tu Hani pun ada terfikir. Maklumlah, orang dulu-dulu macam-macam dia buat supaya suami sayang kat dia”. Hani mamberi pendapat.

“Dahla Hani, tak baik kita fitnah Makcik Kamsiah” Hafiz mengingatkan Hanisah dan dirinya. “Kamsiah oh Kamsiah, aku lapar ni. Kau dah masak ke? Asyik merayap jer” kedengaran suara Yahya dari dalam rumah. Hafiz dan Hanisah yang berada diruang rehat diluar rumah hanya menggelengkan kepala. Yahya merupakan ayah mertua kepada Hanisah . Sejak setahun yang lepas, Yahya tinggal bersama mereka sekeluarga. Yahya sudah hilang ingatan. Bukan nyanyok tapi suka meracau,bercakap benda-benda yang lepas dan suka marah-marah tak tentu pasal. Hanisah pula dianggap sebagai Kamsiah. Gelisah dibuatnya bila Yahya sentiasa mengikut kemana sahaja. Sampai nak buat kerja rumah dan memasak pun Hanisah terpaksa menyorok-nyorok. Itulah yang dihadapi Hanisah setiap hari. Hafiz sudah memahaminya. Kehadiran ayahnya dirumah membuatkan Hafiz pening kepala memandangkan Hafiz sendiri mempunyai pelbagai penyakit yang perlu dihadapi. Allah sedang menguji keluarga Hafiz.

Yahya masih terjerit-jerit dalam rumah memanggil Kamsiah, isterinya. “Kamsiah, Kamsiah..Mana kau ni. Aku panggil tapi tak datang juga. Tangan dan kaki aku sakit ni” begitu lah setiap hari Yahya bercakap tak berhenti-henti. Tapi hanya nama Kamsiah sahaja dibibirnya. Mak tiri Hafiz iaitu Kamsiah sudah membuang ayahnya. Kamsiah sudah tidak mahu menjaga Yahya lagi. Dia sendiri berkata bahawa Yahya sudah gila dan tidak waras. Dia menyuruh orang untuk menghantar Yahya ke rumah Hafiz. Dengan tenang Hafiz menerima ayahnya. Setelah berpuluh-puluh ribu duit Yahya dihabiskan hasil daripada Yahya menjual tanah pusakanya. Tidak sedikit pun Yahya memberikan duit itu kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Semua duit itu dimasukkan ke dalam akaun bank Kamsiah. Betapa sayangnya Yahya pada Kamsiah. Kasih sayang hanya untuk Kamsiah, orang minangkabau yang masih mengamalkan adat pepatih. Itulah adatnya, semua harta milik perempuan.

NUKILAN, MAR MAWAR MERAH…. Nantikan sambungnya…kasih seorang suami 2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails