;

Tuesday, July 24, 2012

Dia mengingatkan tentang rezeki..

Assalamualaikum..lama dah tak update entry nih. Blog yang agak terbiar. Sunyi jer kan. Tapi tak apa. Sunyi itu indah, dia kata macam tu. Tak perlu nak cerita semuanya yang berlaku dalam hidup kepada semua orang. Dia pesan lagi. Betul gak tu. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Tapi bila datang bulan yang mulia bulan Ramadhan memang terasa rindu sangat kat blog nih. Iznkan saya berceloteh diruangan ini? 

Ramadhan penuh barakah. Betul tu..dah macam-macam aku lalui sepanjang tahun ini. Syukur pada Allah swt kerana masih memberikan nafas yang pendek ini untuk terus menghela nafas panjang walaupun selalu diberi bantuan untuk terus berfungsi. Terima kasih sistem pernafasanku terutamanya peparu dengan izin Allah swt dia masih berfungsi.

Disaat ini aku ingin berkongsi mengenai rezeki aku dalam beberapa bulan kebelangan ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt yang diberi kepada memerlukan sedikit tapi yang dapat balik berganda. Maha Suci Allah, aku amat bersyukur. Dengan berkat membaca Surah Al-Waqiah diwaktu malam dan beberapa doa, rezeki bagaikan mencurah-curah. Syukur....

Dia juga yang menghadiah buku doa dan sentiasa mengingatkan diri ini untuk bersedekah ke jalan Allah. Memberi kepada sesiapa yang memerlukan. InsyaAllah, tidak pernah dilupakan. Antara doa yang selalu dibaca selepas solat yang 

DOA MOHON REZEKI DAN NUR HIDAYAH

bermaksud:

"Segala pujian bagi Alla yang menjadikan siang hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki yang baik pada hari ini,dan jauhkan dariku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hatiku dengan nur hidayah, sebagaimana terangnya bumi dengan cahaya matahari-Mu selama-lamanya, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Bukan susah untuk berdoa tapi janganlah hanya berdoa tanpa usaha. Carilah rezeki yang halal. InshaAllah diberkati. Lagi-lagi bagi duit kat mak ayah. Memang berganda-ganda rezeki Allah swt akan berikan pada kita. 

Itu sahaja untuk entry kali nih..nanti ada masa update lagi...;) selamat berpuasa:)




Tuesday, June 19, 2012

Semua yang berlaku kehendakNya..

Banyak yang telah berlaku dalam hidup aku. Bermula daripada kemalangan abah dan mak. Itu episod pertama dugaan dan kesedihan yang terus berlaku sehingga berakhirnya sebuah kemanisan yang aku rasai sehingga hari ini..Semoga akan terus manis dan tiada lagi pahit yang akan aku rasakan. Sekiranya Allah swt ingin menduga dan menguji aku lagi, aku redha dengan mehnah dunia. Lumrah hidup sebagai hambaNya yang lemah.


Aku mengambil iktibar dan menjadikan pengalaman yang penuh bermakna dalam hidup aku. Selepas abah dan mak kemalangan, aku pula ditimpa musibah. Aku mengalami kemalangan jalan raya juga. Aku melanggar kereta akibat brek kereta tidak berfungsi dengan baik.Kejadian berlaku pada bulan Januari. Mak dan abah masih di hospital.


Bulan Februari pula mengisahkan aku yang asyik demam dimasukkan ke dalam wad akibat demam yang berlarutan sehinggalah aku pengsan di bahagian kecemasan. Lelah aku juga semakin teruk. Aku dipindahkan ke bahagian separa kritikal. Aku disyaki demam denggi. Setelah 2 hari di wad, aku didapati mengidap demam campak dan jangkitan kuman pada paru-paru. Pada masa yang sama Angah melahirkan Ammar. Ammar sempena gabungan nama aku dan Amshar. 


Bulan Mac di sambut dengan penuh debaran. Akhirnya kemanisan bermula apabila abah sudah boleh dibawa kerumah. Kemanisan terus dirasai dalam hidup aku. Amshar menyuntingku sebagai tunangnya. Meriah majlis pertunangan kami. Amshar setia dan sentiasa ada semasa aku menangis dan gembira. Insan yang sentiasa memahami keadaan aku, Walaupun jauh, dia sentiasa menenangkan jiwa ini. 


17 Jun 2012, Genap tiga bulan kami bertunang..18 Jun 2012 dia melaporkan diri di Hospital Selayang. Doaku telah Allah swt kabulkan. Semoga dia dapat bekerja dan meninba ilmu serta pengalaman. Itulah yang terbaik buat dirinya dan juga aku bakal isterinya satu hari nanti, inshaAllah. Kebahagiaan dan kegembiraan milik Allah tapi aku sebagai hambaNya berdoa untuk mendapatkannya. 


Semoga selepas ini, banyak lagi sinar dan kemanisan dalam hidup ini.. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya. Alhamdulillah,syukur dengan nikmat kuniaanMu..Amin

Friday, May 11, 2012

I do not know..

"Why? give me the answer..
I said I do not know. It just happened without my control.
I'm sorry. I hurt you this time but I promise it never happen again"
Manusia takkan lari daripada buat salah dan silap.
Tapi hati masih tak dapat menipu.
I'm still waiting for you but you never give me any chances about it.
That is about time and my future. I know that I did the decision about this.
But please understand my heart for this timing. not only this time but forever.
Please think it again..please..
I do not know. full stop.
No..no.. you still the same person.
I admit I did wrong but
I will be the person that always in your heart.
Please give me the feeling again.
You are such kind women I never had met before.
Never change.

Apa salah aku?
I do not know..the best statement..

I'm so sorry..never think about you..I'm happy when you are happy..
Never change..love..


Wednesday, March 28, 2012

Bahagia bukan milik kita

Percaya atau tak, itulah hakikatnya. Semua sudah berlalu. Kalau ikut hati, mati! Kalau ikut rasa binasa. Dulu tak pernah memikirkan soal hati. Kenapa baru sekarang? Silap siapa? Mungkin dulu langsung tak memikirkanya, betul? Bukan! Kejar kerjaya. Baiklah, kerjaya lagi penting. Memang tak dapat dinafikan. Boleh diterima alasan tu. Sekarang dah terlambat kan? Mengapa kini baru tersedar...... Ada jawapan? susah nak jawab. Cinta dan kasih sayang bukan boleh dijual beli, bukan boleh dipindah milik. Susah nak disemai tapi hasilnya dapat dirasai. Semua mengambil masa yang lama. Bertahun menunggu. Bukan sehari dua. Dulu impian sama-sama dibina tapi siapa yang memunsahkan dan meninggalkan segala? Penat hati menunggu dan menanggung. Pedih! Cukuplah, terima segalanya dengan hati yang redha. Jodoh kan ketentuan Nya. Kenangan dan pengalaman itu mengajar erti perjalanan  yang sebenar. Ada yang indah, manis dan pahit. Terima kasih. Kebahagiaan itu bukan milik kita berdua...

Monday, March 26, 2012

Ku terima pinangan mu dengan Alhamdulillah~

Assalamualaikum..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Lama dah meninggal blog mawarmerah ni. Rasa rindu untuk meluahkan segala isi hati dan dengan apa yang telah berlaku. 


Alhamdulillah, paling utama sekarang bergelar anak, kakak, guru, tunang orang dan yang paling penting ialah sebagai hamba Allah yang taat kepadaNya. Sekian lama mendiamkan blog ni bukan bermaksud tiada khabar berita tetapi rutin harian yang sangat sibuk sampaikan masa berehat pun tak cukup, inikan pula nak update blog. Semoga Allah berikan kesempatan kali ini..


Ku terima pinangan mu dengan Alhamdulillah. Inilah kisahnya. Bermula dengan satu potong ayat yang diberikan oleh seorang sahabat semasa menuntut semester 1 di UPSI. Masih kekal dalam ingatan. Kata Y****, 
" Bacalah doa ini didalam hati semasa sujud yang terakhir dan pada masa yang sama membayangkan insan tersebut beserta namanya." Ya, doa untuk mendapat jodoh. Sahabat itu menceritakan kisahnya dan dijadikan ikhtibar. Andai dia memang jodoh kita, syukur pada Illahi..


Inilah doanya. Ayat 74, Surah Al-Furqan. Bertahun mengamalkannya.. Akhirnya, dia meminang diri ini. Semoga Allah memberkati. Berdoalah kepadaNya untuk mendapat pilihan yang terbaik dan sesuai dengan diri. Tidak salah untuk mencintai dan menyayanginya tapi biarlah cinta kepada Nya mengatasi segala-galanya. Biar pun 3 kali istikharah pernah dilaksanakan untuk tujuan ini, penunjuk itu memang benar. 


Sujud dan berdoa, terus berdoa. Itu senjata dan amalan yang mujarab.
~Yang baik itu datang dari Nya, yang buruk itu kelemahan diri dan masih boleh diperbaiki~



Related Posts with Thumbnails