;

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Masjid Sujud

Dikala bulan Ramadhan ini, aku merasakan membaca dan menulis adalah lebih baik daripada aku keluar dari rumah dan kadang-kadang masalah kesihatan yang sering mengganggu aktiviti harian aku. Itulah rutin harian aku selain aku ke kampus untuk menghadiri kuliah dan menjalankan tugas-tugas di makmal bagi menyiapkan tesis. Menghasilkan slide anatomy stem yang memang meletihkan dan petangnya ke surau. Ada masa terluang, aku akan duduk dimeja untuk membaca dan menulis sesuatu untuk merehatkan otak yang asyik digunakan untuk menyiapkan assignment dan tesis. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan aku hadapi disaat semester akhir di kampus ni. Aku tertarik pada satu cerita. Marilah kita sama-sama renungkan. Tapi sebelum itu, anda mestilah bersabar dan tenang selepas membacanya.


Kisah Masjid Sujud


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah
separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi

heheheh...


p/s: Kepada sesiapa yang membaca kisah ini jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat merehatkan minda anda.

Lagi satu, jangan ikuti bahasa seorang ayah kepada anaknya. Ia sekadar rekaan dan cerita semata-mata. Harap dapat merehatkan minda yang bercelaru dan berserabut..hihi..

Harap maaf..aku hanya mengembirakan hati aku dan sesiapa yang berfikiran terbuka.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails