;

Wednesday, September 9, 2009

Syahdunya Ramadhan..

Assalamualaikum.

Ya Allah, dah 2 hari tak berapa sihat. Apa kena la. Petang tadi boleh pula sakit perut sampai keluar masuk tandas. Astagfirullahhalazim, salah makanlah ni. Perut meragam. Dua hari demam on off jer. Panas sangat cuaca rasanya. Petang tadi sebenarnya merancang nak berbuka dirumah pasal sakit perut. Tapi last-last minute tukar plan bila tengok suasana rumah yang suram. Apa lagi, capai tudung dan telekung terus kayuh basikal ke surau. Itulah rutin petang aku dalam bulan Ramadhan ni. Biar pun seorang diri, aku gagahkan diri untuk berjemaah berbuka puasa di surau Kg Simpang Empat yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Disitu lebih banyak barakah bagiku. Pernah aku mengimpikan seorang teman yang sehati sejiwa dengan aku. Menemani diri ini. Bersama-sama ke surau, menuntut ilmu dunia dan akhirat bersama-sama, sujud bersama-sama di malam hari dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan Allah. Tapi masih tak ketemui. Dulu mungkin Allah ingin mengurniakan aku seorang sahabat sedemikian tapi kami telah dipisahkan dengan jarak. Berdikarilah wahai Mariam, hamba Allah yang sangat lemah dan lalai.. Itu aku mengakuinya.. Mungkinkah aku akan dikurniakan teman hidup seperti seorang teman yang aku impikan? InsyaAllah, ameen. Hanya Allah Maha Mengetahui.



Bagaimana rasanya seronok dan nikmatnya berbuka di surau? Aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana makcik-makcik kat surau tu baik-baik belaka. Mereka dah macam mak aku. Pernah aku terlewat ke surau, mereka sudah menyiapkan pinggan yang berisi nasi dan lauk. Air minuman ku juga dituang oleh seorang ibu yang memanggil aku 'anakanda'. Ya Allah, baiknya mereka. Aku mengucapkan terima kasih dan menyuap nasi bersama titisan airmata. Itulah kelemahan ku. Murah dengan airmata. Dua hari lepas juga aku tidak ke surau. Hari ini kedatangan ku dinanti-nantikan. Aku ditanya kenapa tidak datang. Begitu prihatin mereka terhadap aku. Adik-adik yang berbuka puasa di surau juga senang bergaul dengan aku. Sentiasa senyum dengan aku. Terutamanya Fatimah, kecil dan comel sentiasa tersenyum. Itulah keseronokan aku berbuka puasa di surau. Hilang rasa sakit perut aku hari ini.. Alhamdulillah..


Makcik-makcik yang baik hati. Terima kasih bonda-bonda yang ku sayangi.


Nikmat berbuka puasa di surau pula ku rasakan apabila selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah. Bersalam-salaman dengan muslimah yang sama-sama mendirikan solat. Hari ini aku sangat terharu apabila seorang makcik yang memanggil aku 'anakanda' meminta izin untuk mencium pipiku sebanyak 3 kali. Ini diikuti dengan makcik-makcik yang lain. Terusik sudah hatiku. Mereka bertanyakan berbagai-bagai soalan tentang diriku dan kawan-kawan. Ada yang ku jawab dan tidak. Aku tiba-tiba terasa rindu sangat untuk mencium mak dan abah. Begitulah kasih sayang yang aku perolehi dari makcik-makcik di surau sekiranya aku berbuka puasa disurau. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu.


Adik-adik yang comel-comel. ha, tak sabar nak makan la tu..Sabar2, tunggu azan dulu.hee..


Aku juga tidak mahu menafikan yang juadah berbuka puasa di surau memang sedap-sedap belaka. Al-maklum la, lauk-lauk kampung tapi memang membuka selera aku. Kadang-kadang sekiranya ada lebihan, mereka akan membungkus makanan tersebut untuk aku. Bolehlah dijadikan lauk untuk bersahur. Berkat di bulan Ramdhan. Rezeki kurniaan Allah swt tidak pernah aku tolak. Pernahkah dulu aku terfikir betapa hebatnya rumah Allah? Biar terhantuk banyak kali, baru lah sedar.


Juadah berbuka aku hari ini. Dalam pinggan batu. Suasana kampung..seronok..


Seseungguhnya berbuka puasa di surau kg ini adalah terakhir buat aku kerana tahun hadapan aku akan berpindah untuk praktikal pula. Tahun terakhir di UPSI. Pasti aku akan merindui dan teringat-ingat kenangan makan bersama makcik-makcik di surau. Aku memang suka keadaan yang bersederhana di bulan Ramadhan tanda aku berjaya menundukkan nafsu tanpa godaan syaitan. Wallahualam.



Catatan malam 20 Ramadhan 1430
mariam~marmawarmerah~

2 comments:

  1. yam..memang seronok suasana begini.
    xda teman..xpe blaja la hidup berdikari sahabat.
    berjalan lah menghadap bumi tuhan yang luas ini..

    ReplyDelete
  2. ana mengakuinya..isi hati ini dgn rasa syukur krana dlm ksunyian tu pasti ada yg mgisinya..Alhamdulillah, ana dpt sorg mak angkt kt surau. Ana bahagia sgt2.dia mnjadi teman ana yg baru..ksih syg ana smkin btmbah..=)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails